Islam, Melayu atau mulut syaitan yang lebih utama? / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Penarik Beca

Mengapa Umno siang malam berkerja supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR)? Kerana Melayu? Kerana Islam?Sebelum jawab soalan itu, jawab dulu soalan mudah. Yang mana satukah keutamaan parti perasuah? Rasuah, Islam atau Melayu? Yang mana yang nombor satu dalam senarai keutamaan parti pengkhianat Melayu dan penghina Islam itu?

Tak payah jawab dalam ruangan komen blog ini - aku tak larat nak bakulsampahkan maki hamun dan carut capai cybertrooper yang menjual agama dan bangsa untuk memberi makan anak bini mereka. Jawab dalam hati sendiri.

Untuk membantu menjawab soalan itu, cuba ingat siapa yang kata politik wang "bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini"?

Apabila dah jawab soalan itu, mari buat matematik mudah untuk menjawab soalan asal.

Di Selangor, kini ada 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN). Ditambah dengan seorang pak yet yang baru melompat, ada 21.

PKR ada 14 Adun, DAP 13 dan PAS 8.

Dengan kekuatan 21 orang itu, apa jadi kalau PAS isytihar keluar PR? Katalah PAS ikut titah perintah Umno, keluar PR dan tak payah masuk BN.

Kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) akan jadi 27 PR (PKR dan DAP), 21 BN dan pak yet BN dan lapan dari PAS. Keadaan akan jadi huru hara. Umno dan BN hari-hari akan jerit bahawa PR bukan majoriti dalam dewan. Hampa pakai pi la hujah apa pun, Westminster precedent ka, apa ka, BN akan tetap jerit PR tak ada majoriti di DUN Selangor.

Pada masa itu, siapa boleh menolak kemungkinan pengkhianat-pengkhianat mandat rakyat akan berkendak dalam gelap dan akhirnya nasib rakyat disumbat ke dalam
mulut syaitan.

Mana lebih utama? Melayu, Islam atau nafsu syaitan? Banyak
projekdi Selangor, bib! (Kepada yang berkeras supaya jangan diungkit lagi sejarah berkendak politik dalam gelap, pergi suruh Allah s.w.t. padamkan cerita-cerita sejarah dalam al-Quran. Nak ungkit apa lagi kisah Ka'ab ibn Malik misalnya. Dia dah bertaubat dan dah tutup buku. Pergilah suruh Allah padamkan kisah Ka'ab dalam al-Quran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan