Ketegasan Tuan Guru Nik Aziz Seharusnya Dipuji / Nizar / PKFZ

Tok Janggut
Tanpa rebut dan hujan tiba-tiba meletup isu baru dalam kepimpinan PAS. Ianya timbul apabila Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan sikap beberapa orang pemimpin PAS Pusat dan isu yang ada kaitanya dengan UMNO.

Ketegasan Nik Aziz itu jelas, bahawa tidak akan ada kerjasama antara PAS dan UMNO selagi UMNO menolak syariat Islam sebagai dasar perjuangn parti dan perlembagaan Negara. Ini adalah kerana ianya berkaitan dengan aqidah, bukanya semata-mata kerana politik. Ini adalah prinsip dan perjuangan PAS yang tidak pernah dan tidak akan berubah dimana Quran dan Hadis adalah dasar perjuangan parti dulu, kini dan selamanya.

Kenyataan pemimpin UMNO bahawa Pakatan Rakyat tidak akan kekal kerana ketiga-tiga parti gabunganya mempunya dasar perjuangan yang berbeza adalah kenyataan orang jahil dan tolol. UMNO patut tahu, apabila ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini mempertahakan perjuangan masing-masig ini bermakna mereka mempunyai prinsip dan tidak akan mengubah dasar atau menggadai dasar perjuangan mereka semata-mata kerana untuk menjaga hati kawan. Yang pasti matlamat mereka adalah sama iaitu untuk menjatuhkan rejim UMNO/Barisan Nasional yang telah diketahui umum termasuk seluruh dunia telah banyak melakukan kerosakan, kezaliman dan kemungkaran terhadap rakyat di Negara ini.

Tidak seperti UMNO, mereka mendakwa mereka semua komponen dalam Barisan Nasional mempunyai dasar perjuangan yang sama, seia sekata, betul lah tu, itulah sebabnya apabila Islam dihina, rakyat ditindas dan dizalimi pun sesama mereka tidak peduli, kerana mereka sehati dan sejiwa dalam Barisan Nasional. Orang Melayu Islam UMNO murtad pun UMNO buat tak kisah, kerana nak jaga hati kawan yang sama-sama sekata.

Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras dalam akhbar Sinar Harian keluaran Isnin 26hb. Oktober 2009 yang membidas Nik Aziz adalah cakap oorang yang dah hidup senang, mewah, dah punya kuasa dan punya segala-galanya. Beliau mendakwa Nik Aziz sebagai dalang gagalnya penyatuan UMNO dan PAS. Nik Aziz juga dikatakan punca gagal menyatupadukan orang Melayu dan Islam sebaliknya PAS didakwa sanggup pula berbaik dengan orang bukan Melayu Islam seperti DAP. Penulis ingin bertanya kepada beliau ini, apakah UMNO yang bersekongkol dengan MCA, Gerakan, MIC dan berbelas lagi parti komponen dalam BN itu orang Melayu dan Islam?
Lagi banyak dan ramai berbanding dengan PAS hanya berkawan dengan DAP. Dah berpuluh tahun pun mereka ini berkawan, mengapa tak bising? Cemburulah tu bila lihat dakwah PAS dan mula nampak hasil dikalangan orang bukan Islam. Bila DAP baca ayat Quran UMNO mengamuk sedangkan UMNO sendiri yang hina isi-isi dan tolak ajaran Quran selama ini tak bising pula. Bukankah ramai kalangan orang bukan Islam di Barat dan Eropah memeluk Islam setelah mereka baca Quran dan mengkaji isi-isinya? Cuma UMNO saja yang makin baca Quran makin sesat dan makin kufur kepada Allah dan Rasul. Jadi apa salahnya berkawan dengan DAP dari berkawan dengan UMNO?

Alasan UMNO bahawa DAP baca Quran tak betul sebutan tajwid adalah lucu. Orang Melayu terutamanya orang UMNO sendiri ramai yang baca Quran tak betul, apatah lagi orang bukan Melayu. UMNO kata DAP baca tak betul nanti maknanya pun jadi lain. Apa bezanya dengan UMNO yang baca betul atau tak betul? Allah kata rasuah, menipu, dedah aurat, roboh rumah rakyat, rompak harta rakyat, menipu dalam dapatkan kuasa (pilihanraya) dan berbagai lagi itu haram tapi UMNO langgar semacam je, tu yang dikatakan baca lain maksud lain sebenarnya.

Adakah UMNO lihat DAP pernah rampas tanah orang Melayu, roboh rumah rakyat miskin dan roboh rumah Allah? Jual tanah rezab Melayu dengan berjuta-juta ekar kepada bukan melayu semata-mata untuk dapat wang? Rampas biasiswa pelajar Melayu miskin, sekat kuliah agama di masjid-masjid atas alasan cakap politik. Bukankah dalam Quran dan hadis juga ada cerita pasal politik dan kenegaraan?

UMNO berjuang kononya untuk bangsa Melayu tetapi PAS berjuang untuk Islam. Ingatlah UMNO, semua bangsa adalah sama saja, tak kiralah Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan ke atau apa-apa bangsa ke. Yang membezakan mereka semua adalah agama iaitu Islam kerana ini berkaitan dengan aqidah, dosa pahala. Kalau sekadar nak perjuang dan pertahankan nama Melayu, semua benda Melayu boleh buat, tak kira halal atau haram, dosa atau pahala. Melayu tak peduli semua ini. Yang penting perut penuh, poket tebal, kerusi empok dan kuasa kekal.

Siapakah sebenarnya yang selama ini melindungi UMNO? Memenangkan kuasa UMNO? Bukankah semua itu adalah sokongan dari parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional? Jika tidak, UMNO dah lama kena talqin. UMNO ni sebenarnya parti yang tak pernah tahu mengenang serta tahu membalas jasa dan budi kawan. Bila dia kuat, dia mula nak menikam kawan seperti yang dia buat dekat MCA dan MIC.

Jadi perlukah parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional ini terus mempercayai UMNO? Kalau orang sebangsa dengan mereka pun iaitu Melayu dan seagama (kononya) pun UMNO sanggup tindas, zalimi,tipu dan aniaya, inikan pula parti bukan Melayu. Oleh itu, ayuhlah semua parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional, tinggalkanlah UMNO sebelum terlambat.

Oleh itu, kepada semua penyokong dan ahli PAS, lihatlah pandangan dan ketegasan Tuan Guru Nik Aziz itu sebagai teguran demi masa depan PAS dan Islam yang diperjuangkan itu. Jangan layan pandangan dan kritikan UMNO yang sejak dulu kerja mereka hanya untuk memporak porandakan rakyat, bangsa, agama dan Negara saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan