Sistem warisan BN tentang pentaulihan perlu dikaji semula / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Muhammad Arif Ismail
SHAH ALAM
: Kerajaan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat perlu dikaji semula dalam sistem pentaulihan pengkhutbah dan penceramah yang telah diwarisi sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Tindakan kerajaan lalu ialah dengan mengubal satu Enakmen pentadbiran Agama Islam negeri Selangor Tahun 2003, Seksyen 119 (1) yang menyatakan mana-mana individu yang melakukan ceramah agama di negeri ini tanpa tauliah akan dikenakan denda sebanyak RM3,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam sidang media pejabatnya, disini berkata, penangkapan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak sepatutnya berlaku dalam di negeri Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, penduduk Selangor telah memberi kepada pemimpin Pakatan Rakyat mandat untuk melakukan perubahan kerana sudah bosan dengan gaya pemerintahan Umno yang mencemarkan agama Islam. Oleh itu, satu perubahan perlu dilakukan.

"Dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, kerajaan berkewajipan untuk membuat perubahan kepada enakmen-enakmen yang berkaitan dengan agama Islam.

"Jika tindakan ini tidak dilakukan, tidak ada perbezaan dengan pemerintah dahulu. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam pemerintahan Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Justeru, satu dialog perlu diadakan dikalangan ilmuan bagi membebaskan majlis ilmu agama dan perlu dikaji balik untuk menghapuskan sekatan yang telah dilakukan oleh pemerintah lalu.

"Saya harap kerajaan baru, Pakatan Raktat membuka perbahasan dikalangan masyarakat dengan memanggil golongan ilmuan dan tokoh agama untuk membahas perkara ini.

"Apa yang kita mahu ialah negeri Selangor menjadi satu negeri dimana ilmu Islam itu betul-betul dapat dihidupkan tanpa sebarang sekatan dan tindakan yang berbaur politik," katanya.

Sebelum ini, peraturan pentaulihan yang direka oleh BN dahulu adalah mempunyai niat-niat tertentu yang menyebabkan tokoh agama tidak boleh dapat tauliah pun walaupun ada kemampuan seperti Dato' Ismail Kamus, Dr Harun Din dan ramai lagi.

Namun sekarang, katanya, negeri ini telah diambilalih oleh Pakatan Rakyat. Oleh itu, kita perlu mengambil pendekatan yang lebih terbuka dengan tujuan untuk tidak menyekat dan menyusahkan penduduk negeri ini mendapatkan ilmu.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan