2010: 'Umno Juara Rakyat' VS 'Umno Pengkhianat Rakyat'..

pria_malaya08

"Jika ada yang dakwa, PAS asyik bertindak defensif, hanya bertahan dan tidak menyerang, ternyata telahan itu meleset sama sekali..mulai tahun depan, PAS melalui jentera penerangannya akan menggerakkan kempen serangan balas yang dinamakan "Umno Pengkhinat rakyat" di semua peringkat khususnya dikubu kuat Umno..

Selain untuk menjawab isu2 yang bakal diutarakan Umno, PAS akan mendedahkan segala macam bentuk penyelwengan, kezaliman dna pengkhinatan parti Umno sejak 50 tahun lebih memerintah..ia juga dilihat berguna sebagai salah satu medan persiapan diri untuk berdepan dgn pilihan raya umum akan datang yang mungkin akan diawalkan oleh PM Najib...

Pendekatan 'memperjelaskan'

Disamping itu, penulis juga mencadangkan kepada pihak atasan, selain pendekatan 'bertahan' dan 'menyerang', jangan pula dinafi atau dilupakan pendekatan 'memperjelaskan'..pihak parti juga perlu menyiapkan jentera yang akan bertindak memperjelaskan pencapaian, kejayaan, dan keberkesanan kerajaan2 di negeri pakatan Rakyat kepada rakyat seluruhnya..pendekatan ini sebenarnya lebih penting dan mampu mempengaruhi sentimen rakyat kebanyakan..

Apa pun, penulis ucapkan tahniah keatas jentera penerangan PAS Pusat khususnya kerana dilihat aktif dan proaktif dalam mendepani isu2 semasa, terutama dalam berhadapan dengan parti lawan..

Lupakan dan abaikan sementara suara2 'nakal' yang menempelak usaha ini sebagai langkah kurang bijak, terkebelakang atau lain2..hakikatnya, ia hanyalah antara salah satu pendekatan dan strategi PAS..mereka berhak mengkritik, dan anda berhak terus bergerak..dan ketika itu nanti, harapan penulis kepada semua blogger yang cenderung kepada perjuangan ini, bekerjasama dalam mencapai misi dan visi kempen ini nanti..wallahua'lam.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan