Bagi menjawab semua kenyataan bodoh tersebut, biarlah saya yang bodoh serta setaraf dengan YB tersebut menjawabnya, mudah-mudahan saya dilihat lebih cerdik sedikit dari beliau. Saya tidak mahu orang sepintar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub untuk menjawabnya kerana itu akan membuang banyak masa beliau daripada melayani `Raja Katak' yang `diberi makan' oleh PAS sebelum ini.
Isu bermula apabila Salahuddin Ayub mencabar Berahim Ali agar membuktikan PAS bersekongkol dengan DAP bagi memecah belahkan orang-orang Melayu. Maka, Raja Katak ini memberikan bukti bahawa bukankah PAS kini bersekutu dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat? Itu adalah bukti atau hujah pertama dari Raja Katak. Ingin saya bertanya anda, bodoh atau tidak jawapan itu? Bersekutu dengan DAP itu tandanya memecah belahkan orang-orang Melayu? Sepatutnya Berahim terlebih dahulu memberikan bukti betapa semenjak DAP wujud di negara ini, orang-orang Melayu berpecah kerananya.
Hujah kedua beliau, Raja Katak ini mengatakan bahawa PAS membantu DAP menubuhkan kerajaan di Perak. Ini samalah juga dengan cerita Umno membantu Gerakan menubuhkan kerajaan di P.Pinang suatu ketika dahulu. Amat bodoh juga Raja Katak berhujah DAP menubuhkan kerajaan di Perak. Benar, DAP punyai kerusi yang lebih banyak dari PAS dan PKR di Perak, tetapi DAP taat dan patuh kepada arahan Istana untuk menyerahkan teraju pemerintahan dan MB Perak kepada PAS dan DAP bersedia berada di bawah MB dari PAS. Jika ingin mengatakan bahawa YB dari PAS Ir Nizar cuma boneka kepada DAP dan Melayu di Perak berpecah kerana DAP, Berahim mesti memberikan bukti dan hujah yang tepat bukan main cakap dari mulut beliau yang diketahui sememangnya busuk itu. Bukti bahawa orang-orang Melayu di Perak bersatu selepas Ir Nizar menjadi MB, sehingga kini majoriti rakyat Perak menuntut diadakan Pilihanraya di semua kerusi Dun di Perak. Masalahnya beranikah Umno menghadapi Pilihanraya? Mengapa Berahim tidak menuntut bersungguh-sungguh agar Dun Perak dibubarkan segera untuk membuktikan hujah-hujah beliau itu?
Raja Katak ini ingin berhujah tentang isu arak di Selangor pula. Kononnya PAS bersekongkol dengan DAP tentang isu penjualan arak ini. Jelas Ibrahim ini bukan YB yang mengambil tahu perkembangan di Selangor. Telah banyak PAS lakukan di Selangor jauh lebih baik dari Umno memerintah di Selangor. Cumanya, ingin kita bertanya dengan Raja Katak mengapa beliau bersekutu dan menyokong kerajaan pusat yang mengeluarkan lesen judi sekarang?
Beliau berhujah dengan amat bodoh sekali. Beliau berkata PAS berdiam diri apabila YB Kor Ming kononnya dikatakan menghina Islam apabila mempertikaikan dana masjid. Pertamanya, jelas YB Kor Ming tidak berkata demikian dan beliau bercadang untuk menyaman akhbar `berlidah iblis' itu. PAS tidak berdiam diri dan kenyataan pimpinan PAS dan PR telah dibuat, cuma raja katak ini tidak tahu kerana `berada di bawah tempurung'. Kenyataan media YB Kor Ming beserta seluruh pimpinan PR termasuk PAS di Parlimen telah dibuat untuk menafikan pembohongan media haprak itu. Cumanya, ketika itu raja katak tidor di Parlimen tidak tahu apa yang berlaku di situ.
"Kuman di atas tikar boleh nampak, kapal sebesar kapal selam KD Tunku Abdul Rahman pula tak nampak," katanya. Ini kata-kata Berahim Ali. Jawapan saya mudah. Kata-kata itu adalah ditujukan kepada beliau sendiri. Terlalu banyak kemungkaran Umno terhadap bangsa Melayu, Islam dan negara ini tetapi Berahim tetap ingin bersekutu dengan parti seperti itu. Raja katak kini tiada hujah dan modal lagi untuk menyerang PAS, PKR atau pun DAP. Dahulu beliau menuduh DS Anwar pemecah belah orang-orang Melayu, kemudiannya dikatakan PAS pula terlibat dalam perpecahan orang-orang Melayu. Berahim Ali kini terlalu mabok untuk mencari idea bagaimana ingin `menjilat punggung' Umno semula.
Apa yang peliknya, raja katak ini seolah-olah begitu kuat `keMelayuannya' tetapi cuba tanya orang Melayu Di Pasir Mas sekarang, malu atau tidak dapat YB seperti Berahim ni? Kalau saya duduk di Pasir Mas, saya akan kata saya tidak tahu samada Berahim tu Melayu atau tidak kerana orang-orang Melayu selalunya cerdik bila berhujah./Kembali ke laman asal di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan