Keahlian Ahmad Ismail telah dipulihkan

ZulMamak
Angkatan
Muda Keadilan (AMK) Malaysia berpendapat bahawa tindakan UMNO mengembalikan hak keahlian Ahmad Ismail menunjukkan UMNO kekal dengan jalan perkauman sempit. UMNO langsung tidak insaf dengan pengajaran yang dibuat oleh rakyat pada PRU Ke-12, malah tidak berusaha untuk berubah. Sebagai parti komponen BN, Gerakan tidak boleh bisu sahaja untuk mempertahankan jawatan kerajaan yang sedia ada.

Keputusan unilateral UMNO telah membiarkan Ahmad Ismail (gambar kanan) terus bermaharajalela sehingga meminta tiga pemimpin tinggi Gerakan untuk mohon maaf secara terbuka. Ahmad Ismail bukan sahaja tidak insaf, malahan tetap dengan pendirian bahawa orang Cina adalah pendatang.

Keahlian Ahmad Ismail yang sepatutnya dihukum beku tiga tahun pada September tahun lalu telah dibatal dalam masa setahun. Ini menunjukkan UMNO tidak ikhlas dalam menghukum pemimpin yang bersifat perkauman sempit. Semua usaha yang dibuat hanya semata-mata sandiwara UMNO untuk meredakan emosi tidak puas hati parti-parti komponen BN pada masa tersebut.

Sebenarnya UMNO tidak pernah mengambil kira perasaan parti-parti komponen. Hakikatnya juga adalah kedudukan MCA dan Gerakan dalam BN langsung tidak diberi kehormatan oleh UMNO. UMNO hanya sebagaibig brother yang seringkali berpendapat bahawa MCA dan Gerakan lebih memerlukan UMNO daripada sebaliknya.

Sehingga hari ini, UMNO masih menyalahkan MCA dan Gerakan kerana prestasi yang lemah dalam PRU ke-12 telah mengakibatkan kehilangan kuasa pemerintahan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan. Namun begitu, UMNO langsung tidak reflek kesalahan mereka sendiri malah hanya menjadikan MCA dan Gerakan sebagai kambing hitam.

Walau bagaimanapun, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon perlu menyampaikan bantahan mereka kepada Perdana Menteri Najib Razak serta meminta penjelasan tentang pengembalian hak keahlian Ahmad Ismail. Jikalau tidak, kedudukan Gerakan akan menjadi lebih tergugat.

Tambahan pula, semasa Penasihat Gerakan Lim Keng Yaik menyeru ahli parti untuk berani membantah "Ketuanan Melayu", adakah Koh Tsu Koon berani untuk membantah tindakan UMNO yang unilateral tersebut?

Oleh itu, AMK menyeru semua rakyat untuk melihat wajah sebenar UMNO. Jangan menaruh apa-apa harapan terhadap UMNO yang dipimpin di bawah Najib Razak kerana konsep "Satu Malaysia" hanya merupakan satu slogan sahaja. Hanya dengan sokongan padu terhadap agenda reformasi Pakatan Rakyat, masa depan negara yang bebas, demokrasi dan adil barulah boleh dicapai.

*Kenyataan media oleh Lee Khai Loon, selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan