Kickdefella Going Overboard : Isu Bazar Tok Guru

Dr_Sabirin_Ehsan
Saya membaca artikel didalam blog Kickdefella yang mendedahkan satu dokumen perjanjian PMBK. Saya tidaklah bersetuju dgn Ir Arif (CEO PMBK) dan saya juga amat tidak bersetuju dengan kegelojohan Blogger Kickdefella.

Beliau sudah melampaui batas susila hingga mencemar institusi kerajaan Negeri Kelantan. Pendedahan sebegini bukanlah membawa keuntungan atau dapat menyelesaikan masalah serta kemelut CEO PMBK.

Saya mempersoalkan hasrat Kickdefella. Jujur kah dan murni kah usaha beliau ini. Beliau telah menjalankan 'good job' pada permulaan episod ini tapi diakhir-akhir ini beliau nampaknya ada 'dendam kesumat' yang amat membara. Sepatutnya beliau bertenang dan berdoa agar kemelut PMBK dapat diselesaikan selepas pendedahan beliau dan mempertahankan Kerajaan Kelantan! Namun beliau Syed Azidi memilih untuk membesar-besarkan lagi masalah NOT to solve or settle the problems.

Kemelut CEO PMBK adalah masalah teknikal dan perundangan yang boleh diselesaikan. Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru telah mengambil pendekatan yang mungkin SILAP dari sudut pengurusan dalam penyelsaian masalah ini. Tambahan pula dengan KEDEGILAN CEO PMBK sendiri supaya melepaskan jawatan tersebut. Ini telah melebarkan masalah sediada dan tulisan tambahan Syed Azidi Kickdefalla menambahkan lagi AJINOMOTO kepada masaalah sediada. Seperti posting nasihat saya terdahulu, saya ingin menegaskan:-

1. Perlantikan CEO PMBK sekarang salah dari segi Akta SPRM 2009 yang menegaskan larangan melantik saudara-mara/sukusakat dalam pentadbiran. Ini termasuk dalam takrifat suapan/penyalah gunaan kuasa.

2. Kerajaan Kelantan harus menggugurkan Ir Arif serta-merta dan membetulkan keadaan yang ada.

3. Oleh kerana Ir Arif nampaknya berdegil dengan arahan supaya meletak jawatan dan melengah-lengahkan perletakan jawatannya maka satu pasukan AUDIT Bebas hendaklah dilantik supaya semua projek, harta dan kewangan PMBK diaudit bagi membersihkan nama YAB Tok Guru dan PMBK.

4. Membiarkan SPRM menyiasat Ir Arif dan PMBK secara bebas dan telus. SPRM pula jangan membuat siasatan/pendakwaan terpilih tetapi hendaklah juga bersikap profesional dan telus dalam mengambil juga tindakan terhadap semua kes yang telah diadukan oleh rakyat terhadap Rafidah, Mahathir, Pak Lah, Najib, Gani Patail dan lain-lain.

5. Kickdefellah please be calm dan percayalah suatu usaha sedang dijalankan secara berhemah dan profesional bagi menangani masalah ini. Jika saudara ikhlas dan mahukan supaya Islam terus mentadbir, janganlah lebarkan masalah ini.

Sekian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan