Misi KJ Berjaya ?

professor
Mengikut kata Najib , KJ ditugaskan untuk menjaga anak muda , mengawasi anak – anak muda dan seterusnya menawan anak muda , sebab itulah dalam lantikan anggota kabinet peringkat awal dulu, nama dia tercicir. Tugas jaga anak – anak muda lebih penting dan perlu diutamakan.

Tapi berikutan dari ura – ura nama dia tersenarai sebagai seorang Timbalan Menteri , dalam satu rombakan kecil kabinet sedikit masa lagi , ia merupakan satu tamparan hebat kepada pihak – pihak yang menyatakan Najib mengikut telunjuk Mahathir dengan tidak menyenaraikan KJ sebagai salah seorang anggota kabinet.

Mungkin benar kajian yang dibuat oleh pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah

Dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Kajian Mikro Kepercayaan Politik di Malaysia Dari Persepsi Pola Kepercayaan Untuk PRU ke-13 akan datang’.

Menurut kajiannya, 70 peratus golongan muda yang menyokong PAS ketika PRU-12 kini kerana percaya pentadbiran PAS sangat baik kini berubah pendirian.

Jadi , sebagai ganjaran kepada kejayaan misi KJ itu , maka desas – desus menyatakan dia akan dilantik sebagai Timbalan Menteri mungkin ada asas dan kebenarannya.

Atau adakah juga terdapat kemungkinan , kajian Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah merupakan satu perangkap , dan sekiranya benar Najib akan menjemput KJ menganggotai kabinetnya nanti menggambarkan betapa beliau mudah diperangkap dan akan terperangkap. Tunggu masa saja.

Bagi yang waras , dan tidak mudah lupa betapa kejatuhan pemerintahan Pak Lah dek kerana kelakuan KJ selama 3, 4 tahun dulu.

Adakah dengan ‘memasukkan’ KJ dalam senarai ahli kabinetnya nanti merupakan strategi bersama ‘orang – orang’ atau ‘pemimpin – pemimpin’ tertentu dalam Pakatan Rakyat , untuk mendorong Najib ‘mempelawa’ KJ bersamanya mempertahankan UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti , maka natijahnya akan memudahkan PR mengambil alih Putrajaya.

Tidak lah dinafikan KJ nanti akan menjadi biawak hidup yang terpaksa digalas oleh sekalian pembesar UMNO dan BN.Tahniah Anwar Ibrahim !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan