Nur Misuari yang dikhianati UMNO, bebas!

dewa
Akhbar hari ini melaporkan bahawa mahkamah Filipina membebaskan ketua Muslim Filipina, Nur Misuari dari dakwaan pemberontakan pada tahun 2001. Masih segar di ingatan betapa UMNo mengkhianati Nur Misuari yang ketika itu datang ke Malaysia meminta perlindungan politik dengan menangkap dan menyerahkannya kepada Filipina. Keratan akhbar dan analisa disertakan.

MANILA: Bekas pemimpin pemisah, Nur Misuari dibebaskan oleh mahkamah rendah semalam atas tuduhan mengetuai pemberontakan pada 2001 yang meragut kira-kira 100 nyawa di selatan Filipina.


Mahkamah memerintahkan bahawa tidak ada bukti bahawa Misuari dan tujuh defendan lain bertanggungjawab bagi serangan ke atas sasaran tentera di pulau Jolo. Defendan lain juga dibebaskan, kata pegawai mahkamah.

"Pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang tidak boleh diragui bahawa pemberontakan itu dilakukan oleh tertuduh dan mereka didapati bersalah melakukannya," kata hakim mahkamah wilayah di Manila, Winlove Dumayas dalam perintah bertulisnya. "

------------------------tamat---------------------------

Kalaupun UMNO pondan dan tidak berani menolong Nur Misuari ketika itu, UMNO tidak sepatutnya mengkhianati saudara seagama dengan mengangkapnya dan menyerahkannya kepada Filipina.

Dasar manusia suka mengkhianat. Jangan lupa betapa UMNO 'memijak-mijak' Anwar apabila hilang kuasa. Kemudian UMNO memijak-mijak dan memaki hamun Mahathir sewaktu zaman Pak Lah. Kemudian mereka mencerca dan menyalahkan Pak Lah berikutan kekalahan UMNO. Apabila Najib jatuh kelak, nescaya nasib yang sama akan menimpanya.

UMNO dalam akhbarnya dahulunya menempelak kaum Arab yang tidak membantu umat islam di Palestin sedangkan apabila umat Islam ditindas dan dibunuh di selatan Thailand, UMNO selaku kerajaan tak buat apa-apa pun. Apabila Nur Misuari minta pertolongan, UMNO khianat lagi.

Mujurlah kepimpinan PAS menolak UMNO. Jika tidak, nescaya PAS akan turut dikhianati UMNO seperti yang lazim mereka lakukan.

"kalau takut diserbu FRU, jangan bicara soal keadilan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan