Polis siasat exco S'gor kes peruntukan sekolah Tamil
Polis akan memulakan siasatan terhadap exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini berkaitan laporan polis yang mendakwa beliau telah menyelewengkan peruntukan RM1.67 juta untuk sekolah Tamil tahun lalu.
Difahamkan pegawai polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang - tempat aduan tersebut dibuat kelmarin - akan menemui Xavier di pejabatnya di Shah Alam pada jam 4 petang ini.
Ahad lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Klang, G Jeganathan mendakwa peruntukan kerajaan untuk menaiktarafkan sekolah telah diberikan kepada tiga NGO, tanpa sebab yang jelas.
Katanya, beliau menerima surat yang ditandatangani oleh semua wakil PIBG yang mendakwa tidak menerima wang peruntukan tersebut.
Xavier dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas keterangannya direkodkan pihak polis petang ini.-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan