Mohd Sayuti Omar
KETIKA majlis pidato perdana menuntut royalti Petroleum bermula di stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu, saya baru menjejak kaki ke Jakarta. Sayang, majlis bersejarah malam tadi tidak terakam oleh kaca mata saya kerana jadual ke Jakarta dibuat lebih awal. Bagaimana pun wap dan gelombang kemarahan rakyat atas diskriminasi dan kedegilan kerjaaan Persekutuan yang enggan memberi royalti petroleum kepada Kelantan dapati dirasai.
Semasa perjalanan ke KLIA beberapa panggilan sudah masuk ke dalam telefon saya dari rakan di Kelantan memberi gambaran dan maklumat mengatakan majlis berkenaan mendapat sambutan luar biasa. Di mana-mana di Kota Bharu orang ramai bercakap dan menyatakan masing-masing akan ke stadium untuk sama-sama bersolat hajat dan mendengar ucapan dari Tengku Razaleigh Hamzah.Dan ternyata apabila menjelang tengah malam, khabar dari Kota Bhari diterima mengatakan lebih 40,000 memenuhi stadium Sultan Mohamad ke IV. Dapat dibayangkan kehadiran ramai rakyat Kalantan itu menyatakan sokongan kepada kerajaan Kelantan yang menuntut bayaran royalti dan bukannya wang ehsan.
Katanya Tengku Razaleigh juga bersetuju dengan langkah kerajaan Kelantan menolak pemberian wang ehsan dan menyatakan Kelantan berhak mendapat royalti.
Manakala di Jakarta semalam telah berlangsung tunjuk perasaan sempena 100 hari Susilo Bambang Yudhiyono(SBY) menjadi Presiden penggal kedua. Disebabkan tunjuk perasaan yang disertai berbagai fraksi politik, petani, buruh, mahasiswa dan lain-lain kumpulan itu menyebabkan berlaku kesesakan teruk di Jakarta.
Tunjuk perasaan bermula di Dataran Monas berarak dan berhimpun di depan DPR - Parlimen. Ketika saya lewati di depan DPR berbagai sepanduk masih lagi kelihatan dilonggok di pagar parlimen dan belum dibersihkan.
Kawan yang datang menjemput di lapangan terbang terlewat kira-kira tiga jam gara-gara tunjuk perasaan berkenaan.
Bagaimana pun laporan media Indonesia melaporkan tidak ada kejadian buruk berlaku pada tunjuk perasaan semalam. Tunjuk perasaan juga berlaku di bandar besar lain yang menuntut SPY meletak jawatan kerana gagal memimpin barisan Kabinetnya serta kes mengenai bank Centry yang hangat di Indonesia pada masa ini.
Sesuatu yang menarik di Indonesia pemerintah tidak menghalang atau bertindak kasar ke atas petunjuk perasaan. Malahan SBY dalam ucapan mengulas tunjuk perasaan terbesar tahun ini menyatakan kesediaan mendengar apa yang diluahkan oleh rakyatnya.
Katanya, rakyat boleh memberi pandangan. membuat seleksi ataupun mengkritik tetapi biarlah dalam keadaan aman dan tidak berlaku kehebuhan. Kalau berlaku kehebuhan apa lagi memakan korban itu bukan demokrasi namanya tetapi itu kejahatan.
Mudah-mudahan kerajaan Malaysia juga mengambil sikap sama ke atas acara tunjuk perasaan. [jkt 7:30 am 29/01/10]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan