Melihat kepada cara Najib memenangi kes di Perak , dan sekarang cara beliau memasong Anwar di mahkamah dan seterusnya ke penjara tidak lama lagi , semacam nampak perancangan Najib mempunyai visi dan misi setanding dengan Mahathir , iaiitu pelan jangka panjang sekurang – kurangnya mungkin untuk 25 tahun lagi , yang mungkin juga akhirnya dijangka akan dapat menandingi kehebatan mentornya yang hanya mampu bertahan 22 tahun saja.
Sekiranya itu yang terjadi , maka perancangan Najib bersama Mentornya mahathir sebab tiada sesiapa yang mengetahui catatan Tuhan dalam Qada dan Qadarnya , maka umur Mahathir dikira akan panjang lagi.
Kalau ditambah 25 tahun jangkaan Najib akan berkuasa dan umur Mahathir kini ialah 85 tahun , maka ada benarnya telahan Mahathir akan menjadi Lelaki Tertua Di 1Malaysia , iaitu umur Mahathir akan mencecah 110 tahun , tetapi mungkin masih tidak mampu menandingi umur manusia tertua di dunia iaitu Juana Bautista de la Candelaria Rodriguez yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-125 di bandar Bayamo, Cuba.
Ini kerana kalau benar doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor itu makbur , sehingga kini ternampak semacam begitu lah , semua kerja – kerja tangan Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya dan malah sebelum itu lagi , Mahathir , anak – anak dia dan isteri dia , kawan – kawan dia , sahabat – sahabat dia dan kroni – kroni dia dapat melihat satu persatu Tuhan bagi hukuman secara kata orang ’CASH ON DELIVERY – COD’
Nota
Mungkinkah Tuhan akan membiarkan 1Malaysia terus di bawah pemerintahan tidak adil UMNO/BN untuk 50 tahun lagi ?
Adakah Tuhan akan berterusan ‘merestui’ kerja – kerja zalim pemerintahan pemimpin – pemimpin UMNO/BN untuk 50 tahun lagi ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan