Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian yang berlaku 4.30 pagi itu, anggota polis yang meronda terserempak dengan kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Polis arahkan supaya berhenti untuk pemeriksaan tetapi suspek enggan sebaliknya memecut ke arah Selayang dan seterusnya ke Gombak.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta suspek kerana cuba merempuh anggota polis," katanya.
Ku berkata pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut mendapati ia adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Alor Setar, Kedah dan turut dijumpai adalah parang, kapak, nombor pendaftaran palsu, pisau, besi kuku kambing, pemutar skru, kikir, cukai jalan palsu dan tombol kunci yang telah diubah suai.
Katanya kes berkenaan masih dalam perbicaraan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang demonstrasi yang mungkin akan diadakan berhubung tindakan mempertahankan diri dalam kes itu.
"Sesungguhnya pihak polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan demonstrasi di Bukit Aman esok, " katanya.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan