Saiful: Anwar minta mahu adakan hubungan seks

Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, Feb 3 — Mohd Saiful Bukhari Azlan mengejutkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan tidak senonoh apabila bertanya sama ada boleh mengadakan hubungan seks denganya.

Saiful, saksi pertama perbicaraan yang bermula hari ini memberitahu, dia buat kali pertama menemui Anwar di sebuah kondominium di Damansara Heights pada 2008, penadihat PKR bertanya “Can I **** you?” (Boleh saya adakan hubungan seks dengan kamu?).

Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia enggan memenuhi permintaan Anwar tetapi kemudian apabila masuk ke bilik tamu di mana menanggalkan pakaian dan memakai tuala sebelum ketua pembangkang memeluknya.

Anwar, katanya, marah apabila dia enggan mengadakan hubungan seks di peringkat awal.

Tetapi dia pergi ke bilik tamu apabila diminta berbuat demikian.

Terdahulu, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata dia meninggalkan jawatan itu kerana “tidak dapat bertahan” kerana digunakan dalam aktiviti seks luar tabii.

Saiful yang kelihatan tenang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebab sebenar dia berhenti sebagai pembantu peribadi adalah “tidak dapat bertahan dengan perbuatan sebagaimana disebutkan dalam pertuduhan”.

Kata Saiful, gaji rasmi yang diterimanya adalah sebanyak RM1,000 tetapi elaun tidak rasmi untuk lawatan ke luar negara ialah HK$10,000 (RM3,930).

Tugas Saiful sebagai pembantu peribadi kepada Anwar termasuklah mengaturkan pertemuan sulit ketua pembangkang itu.

Saiful merupakan saksi pertama kes liwat kedua Anwar ini.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan