Setiap Kali Bicara , Ada 4WD Misteri Edar Risalah Anti-Anwar

Risalah anti-Anwar disebar ditemui berselerakan di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, ketika perbicaraan konspirasi dua berlangsung.

Risalah tersebut menuduh pemimpin reformasi itu sebagai pengkhianat dan penipu, menuduh Ketua Umum PKR itu terdesak mempolitikkan perbicaraan tersebut untuk mengelirukan pandangan masyarakat.

Tidak cukup dengan itu, dalang disebalik risalah ini turut menyerang ahli keluarga Anwar.

Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dituduh mengabaikan kawasan parlimennya dan berkata rakyat Lembah Pantai menderita sejak beliau menjadi wakil rakyat.

Penyebar risalah ini mendakwa mereka mendapat maklum-balas dari warga Lembah Pantai.

Pegawai keselamatan mahkamah memberitahu bahawa sebuah kereta pacuan empat roda dikesan meronda sekitar kompleks pada jam 5 pagi tadi dan menyelerakkan risalah itu sebelum bergegas dari tempat kejadian.

Dilaporkan juga bahawa kegiatan ini berlaku setiap kali perbicaraan berlangsung.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan