UMNO peralatkan kakitangan Kerajaan

IPOH, Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyatakan bahawa Zambry dan UMNO BN semakin terdesak dalam menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan 9 Februari ini. Menurut beliau Zambry dilihat dalam keadaan gelisah dengan penghakiman yang akan dibuat oleh para hakim dalam menentukan siapa Menteri Besar yang sah di Perak. Perkara ini terbukti apabila mereka cuba mengaburkan rakyat dengan menganjurkan solat hajat yang pastinya bertujuan mempertahankan kuasa haramnya itu

Beliau menjelaskan, PAS sejak dahulu lagi menggunakan pendekatan sedemikian bagi memohon pertolongan dari Allah SWT dalam berdepan dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN disamping melalui proses undang-undang dan politik.

Beliau mempersoalkan, mengapa Zambry dan UMNO/ BN mengheret pegawai dan kakitangan kerajaan bagi mempertahankan kerajaan haramnya itu. Perkara ini jelas menunjukkan UMNO memperkuda pegawai kerajaan untuk kepentingan politik mereka. Beliau menambah lagi, antara bukti yang jelas UMNO memperkudakan kakitangan kerajaan ialah melalui mesej yang dihantar oleh Dato' SUK yang mengarahkan pegawai kerajaan membawa pasangan masing-masing ke majlis solat hajat di kediaman MB malam tadi. Menurut beliau perkara ini menjelaskan lagi bahawa Dato' SUK diperkuda oleh UMNO BN. Jabatan Agama melalui penyelaras masjid seluruh daerah juga turut diperkuda oleh UMNO BN, mereka diminta mengarahkan Pengerusi dan beberapa Jawatankuasa Qaryah/Masjid hadir ke program solat hajat rakyat anjuran UMNO/ BN ini.

Menurut beliau lagi, perkara ini sangat berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat sewaktu setahun memerintah Perak sebelum ini. Kita melihat beberapa program solat hajat ummah sering diadakan bagi mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat akibat tekanan dan usaha jahat BN untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat.Bermula dengan solat hajat perdana di Stadium Ipoh dan beberapa solat hajat di kediaman Menteri
Besar.

Namun apa yang membezakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan jentera kerajaan untuk memanggil orang ramai menyertai program tersebut, Dato' SUK tidak pernah diarahkan untuk menjemput dan mengarahkan pegawai kerajaan menghadiri solat hajat, Jabatan Agama Perak juga tidak pernah diguna bagi menghebahkan program tersebut, Pakatan Rakyat berpendirian
untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat, Bagi Pakatan Rakyat jentera dan ahli partilah yang berperanan mempertankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat bukan jentera kerajaan.

Sehubungan Itu beliau juga menjelaskan UMNO juga menggunakan kesempatan ini bagi membangkitkan sentimen perkauman, kononnya kerajaan sekarang wajib dipertahankan bagi mengelakkan Cina dan DAP menguasai kerajaan Perak. PAS didakwa oleh mereka hanya sebagai boneka DAP dan Cina semata-mata. Mereka merayu-rayu orang Melayu supaya
mempertahankan kerajaan BN sekarang yang dikuasai oleh Melayu dan Islam, jatuhnya kerajaan BN, akan hilanglah kerajaan Melayu di Perak.

Itulah jahatnya UMNO BN memainkan sentimen perkauman sempit mereka bagi menagih simpati rakyat. Kita harap rakyat tidak terpedaya dengan diayah jahat yang dimaiankan
oleh UMNO BN, jelas beliau

http://idhamlim.blogspot.com

1 ulasan:

  1. ketandusan idea...kerana mereka sedar nyawa mereka semakin hampir.
    sudi link blog hamba...tq

    BalasPadam