Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Husin Omar ketika dihubungi berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, kenderaan yang dipandu Dr Cheah dari arah Klang ke Kuala Lumpur tiba-tiba rosak dan terhenti di lorong smartTAG di plaza itu.
Wakil rakyat DAP itu kemudian turun dan menuju bahagian belakang kenderaannya untuk memeriksa sebelum tiba-tiba sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda dalam haluan yang sama merempuh beliau dan kenderaannya, katanya.
"Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan rosak teruk dan mengakibatkan kecederaan parah pada ADUN tersebut dan beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Sunway," kata Che Husin.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pemandu pacuan empat roda itu dikatakan tidak sempat mengelak daripada merempuh Dr Cheah dan kenderaannya.
"Lelaki dalam kenderaan sebuah lagi itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka masing-masing dilaporkan memandu bersendirian," kata Che Husin.
-tvselangor-
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan