professor
Memandangkan kepada bertali arus episod perisytiharan keluar parti oleh YB dan bekasnya dari PKR , menandakan betapa berjayanya ‘modus operandi’ Najib dan Mahathir dalam usaha memecahkan PKR iaitu parti teras kepada Pakatan Rakyat , walaupun masih muda usianya.
Ini kerana di dalamnya terdapat seorang tokoh hebat , bukan jaguh kampong , tetapi hebat di peringkat dunia.
Pendek kata , kalau bukan kerana hebatnya ketokohan tokoh – tokoh yang masih bertahan dalam PKR , sudah lama rasanya ia tumbang.
Bukan sedikit ‘coverage’ oleh media milik UMNO dan BN , hampir setiap malam. Hebat sekali tindakan Najib dan Mahathir.
Antara yang mengumumkan keluar PKR ialah Tee beng , sebelum itu Fairus sudah sertai UMNO , Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain juga umum Keluar PKR
Bila mana sudah ada yang mula bertanya dan berani mengemukakan persoalan seperti " Siapa pengganti Anwar" , walaupun cuba dinafikan oleh Setiausaha Agung , adakah ini bermakna usaha Najib selama ini sudah membuahkan hasil ?
Barangkali Najib kini boleh berbangga kerana operasi untuk melumpuhkan PKR sudah dianggap berjaya. Sekurang – kurangnya untuk merosakkan imej parti PKR.
Dan tidak salah kalau Najib sudah membuat jangkaan dan andaian bodoh ‘Anwar dan Azizah pun akan umum keluar PKR’.
Begitulah ego , tamak dan jahatnya perancangan Najib , demi memenuhi tuntutan nafsu diri , bini dan Mahathir .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan