Apa makna Melayu Bersatu???

tutuhjang
ULASAN : Bukan mustahil Melayu bersatu - FATINI YAACOB

Jang, Melayu bersatu ? Sebelum melarat-larat, elok kau cakap dulu apo MAKNO MELAYU BERSATU TSB ?

Sebelum mengajak orang dan meminta mereka menyokong terhadap sesuatu perkara, kau kena perjelas kau nak ajak orang
kemano ?, nak buek apo ?, bilo ?, apo kenderaan yang diguno ? sapo kangkawan yang nak poi samo ? dan sapo yang jadi ketuo ?. Barangkali dalam bahaso modennya, kita kena 'clear', visi, misi dan budaya sesuatu dahulu, sebelum kita mahu menyatakan sokong, bangkang atau sonyap jo.

Nah, Datin Seri Fatini Yaacob kena perjelaskan dahulu apakah falsasah dan konsep dimaksudkannya dengan Melayu Bersatu tersebut.

Jang,

Den bukan apo, sebab, (i) pengalaman merupakan guru terbaik ;(ii) mengambil tuah kepada yang menang, mengambil contoh pada yang sudah', begitu jati diri Melayu, maka selama ini saya difahamkan yang namanya Melayu Bersatu itu mengundang kecelaruan orang Melayu, kerana setiap individu/kelompok/parti mempunyai takrifan yang berbeza-beza. Brahimpun nak satukan Melayu, umnopun nak satukan Melayu, PAS dan PKR pun nak juga Melayu Bersatu, GPMS koh, PEKIDA koh pun nak Melayu Bersatu. Kalau kita perhatikan semua yang mahu menarik sokongan orang Melayu, selalu basah bibir merekadengan istilah Melayu Bersatu. Jadi orang Melayu yang marhaenpun poning, yang mano satu yang botul ni ?.Dan, ini yang amat mendukacitakan sekali, orang yang tak tahu menahu tentang Melayupun, nak ikut menyatukan Melayu, kau tak percayo cakap den ni, kau tengoklah zaharin bilo orang cakap, pkr bagai mendukung biawak hidup, lalu si zaharin ni melenting, dio bukan biawak, yang ni jenih Melayu apo ni Jang ?

Mari kita melihat ke dalam diri kita sebagai orang Melayu, tengok asas jati diri orang Melayu :

1. Agama :

(i) adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah, syarak mengata, adat memakai ; (ii) elok dek awak orangpun gomar

2. Keadilan

(i) Jangan bak membelah buluh, satu diinjak, satu diangkat ; (ii) Biar mati anak, asal jangan mati adat (agama); (iii) tiba di mata tak dipicingkan ; tiba di perut tidak dikempiskan

3. Patriotisma

(i) Kalau batu sempadan dianjak orang, tali air dihempang orang,angkat dadamu nak,usah risau darah akan terserak,usah takut nyawa akan melayang,esa hilang dua terbilang, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. (ii) daripado hidup berputih mata lebih baik mati berputih tulang.

Jang,

Muntah kau nanti kalau den tulih gak lai, elok den beronti kek sini.

Namun sebagai kesimpulan saya ingin mengatakan bahawa jangan berbincang terhadap sesuatu yang tidak jelas, ngabihkan bogheh jo.

Saya juga ingin mengemukakan pendapat saya bahawa PAS ADALAH YANG PALING SERASI DENGAN JATI DIRI MELAYU. tapi 'kok ado nan koyak, kau tampallah Jang, kok ado nan pendek kau sambunglah Jang, kok ado panjang kau keratlah Jang.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan