CERITA RAKYAT 1MALAYSIA

cilipadi007
Firman Allah swt maksudnya :

ADAPUN NIKMAT TUHANMU, HENDAKLAH ENGKAU SEBUT2KAN ( ZAHIRKAN ) SEBAGAI BERSYUKUR KEPADANYA ( Surah Ad Dhuha Ayat 11 )

KISAH 1

Seorang surirumah tercicir dompet ketika membeli ikan di sebuah pasar. Isi dompet itu ialah beberapa keping duit kertas, kad pengenalan, lesen memandu, gambar suami & anak2 serta beberapa resit. Mundar mandir dengan muka rungsing si surirumah kerana kerugian yg tak disengajakan. Dokumen penting dan wang ringgit hilang tanpa disedari, entah di mana nak dicari.

Bila gagal untuk menemui dompetnya, surirumah itu pulang ke rumah dan malamnya mengadu kepada suami akan kerugian yg terpaksa ditanggung.

Malang sungguh nasib surirumah bila dimarahi suami kerana kecuaiannya. Sudahlah rugi kena marah pulak bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga.

Esoknya surirumah itu mengunjungi Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan baru. Setelah berjumpa kakitangan berkenaan diberitahu bahawa dia perlu membayar denda RM110 untuk membuat IC baru.

Denda itu hanya dapat dikurangkan jika terdapat salinan report polis dan diskaunnya bergantung kepada pegawai atasan.

Fikir punya fikir surirumah itu pergi ke balai polis untuk buat report polis dan sekali lagi ke JPN untuk buat IC. Setelah berjumpa pegawai didenda RM30 selepas diskaun. dan dapatlah dia buat IC.

beginilah nasib rakyat di negara Malaysia tercinta

KISAH 2

Seorang lelaki telah memilikki IC baru kononya bermutu tinggi selama 3 tahun. Selepas itu terdapat kerosakan pada IC tersebut walaupun kononnya menggunakan teknologi dan bermutu tinggi.

Dia telah pergi ke JPN negeri untuk membuat IC baru kerana kerosakan pada ICnya menyebabkan dia tak dapat menunaikan sekeping cek yg dibayar kepadanya.

Walaupun kerosakan itu kerana kesilapan JPN tetapi dia disuruh membayar denda RM5 untuk membuat IC baru. Apa nak buat? Tiada pilihan dan dia telah membayar RM5 kepada JPN untuk tabung Kerajaan 1Malaysia

KISAH 3

Seorang lelaki telah kehilangan dompet setelah solat di sebuah surau. Keciciran mungkin berlaku ketika menukar seluar untuk memakai kain. Perkara itu disedari 2 hari kemudian ketika dia ke pejabat imigresen untuk memohon pasport antarabangsa.

Pasport Antarabangsa tidak dapat dibuat kerana ketiadaan IC. Justeru dia mengunjungi JPN untuk membuat IC gantian. Proses itu memerlukan dia membayar denda RM110 kerana tiada report polis.

Kerana masa yg tidak mengizinkan maka dia telah membayar denda tersebut untuk mendapat salinan IC baru bagi tujuan membuat pasport antarabangsa. Tabung kerajaan 1Malaysia bertambah RM110 hasil denda lelaki itu. Inilah kerajaan Juara Rakyat.

Rupa2nya denda, kompaun, saman trafik dan mcm2 cukai yg mencekik darah rakyat menjadi sumber pendapatan Kerajaan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hidup Juara Rakyat.

Sekian dari cilipadi007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan