DSAI : Makin diserang rupanya makin kuat.

kopiahijau
Sejak akhir-akhir ini serangan kini tertumpu kepada DSAI. DSAI kini ibarat Ronal
ado di Real Madrid atau Rooney di Man U iaitu dua penyerang berpengaruh masa kini yang perlu disekat. Kalau tak,nahas buat pasukan yang bertemu dengannya. Motif sebenar mereka kini hanya untuk menjatuhkan maruah serta pengaruh kuat DSAI. Perkara pokok berhubung dengan masalah rakyat tidak diendahkan.

Sejak dari 1998 DSAI bukan hanya diserang melalui media bahkan secara fizikal hinggalah beliau berjaya mengemudi PR dalam PRU 12 yang lalu dengan cemerlang.

Kini saat-saat menjelang PRU ke 13 makin galak UMNGOK dan balaci-balaci mereka menyerang DSAI. Misi UMNGOK menarik keluar beberapa MP PKR berhasil dengan harapan untuk memastikan DSAI tidak memegang kerusi Ketua pembangkang di Parlimen nampaknya tidak berhasil bila YB LKS menolaknya.

Adakah wakil rakyat UMNGOK dan MP Katak ingat, dengan serangan ini akan melumpuhkan PKR dan DSAI serta PR umumnya ?. Lihat di PRK Permatang Pauh hingga ada sumpah liwat sekalipun sokongan rakyat tidak pudar.

Apa perlunya DSAI diserang begitu rupa hingga batas agama diketepkan. Adakah media yang dikuasai oleh mereka tidak mampu menyekat pengaruh DSAI hingga sanggup menggunakan Parlimen sebagai tempat menyerang.

Sebagai rakyat Malaysia kita merasa amat malang bilamana Parlimen bukan tempat berbicara masalah rakyat tetapi lebih kepada memburukkan DSAI. UMNGOK yang dah tak bermaya menahan asakan dari DSAI khususnya PR kini hanya menggunakan balaci-balaci yang tidak terpakai dalam PKR untuk menyerang DSAI.

Lihat tajuk media sejak akhir-akhir ini Isnin pasal DSAI, Selasa pasal DSAI, Rabu pasal DSAI, Khamis pun pasal DSAI, Jumaat pun DSAI , hatta Sabtu dan Ahad juga isunya pasal DSAI. Inilah masalahnya dengan media kita hari ini. Berhujah bersandarkan auta memang cekap tapi apa yang rakyat dapat.

Rakyatkan inginkan maklumat yang tepat tentang keadaan ekonomi negara. Isu-sisu penyelewengan berillion duit rakyat, Isu royalti dan sebagainya. Ini tidak, api perkauman cuba dibangkitkan kembali. Tiada unsur didikan dalam akhbar harian kita masa kini. Sebab itulah kebanyakan akhbar harian kita rugi berjuta-juta memandangan tiada keberkatan.

Bala yang Allah turunkan pada kita bukan sekadar kerosakan pada harta benda tetapi kerosakan akhlah remaja masa kini yang merupakan pelapis generasi akan datang.

Sebab itulah UMNGOK jangan ingat dengan menyerang DSAI ia akan kembali kuat. Makin dia menyerang DSAI kita lihat makin bercelaru dalam MCA.

Aku juga nak tanya dekat MP Katak2 yang baru bebas dari tempurung , kenapa masa Tun Mahathir hina nabi pasal kes janggut suatu ketika dulu hangpa tak bangkitkan, begitu juga masa depa hina bekas mufti selangor kes ratu cantik. Sebab itulah bila puak-puak ni keluar PKR atas kesedaran Islam aku nak termuntah. Masa dalam PKR pun tak ada apa yang mereka sumbangkan pasal Islam.

Tunggu dan lihat adakah misi mereka akan berjaya. Pada DSAI harap bersabar dalam menempuh fitnah yang dilalui. Buat pimpinan PR..rapatkan saf dan jangan biarkan diri terperangkan dengan apa jua taktik lawan. Yang paling ditakuti sekali ialah musuh dalam selimut.

Kepada para pendokong PR pula marilah kita sama-sama mendoakan agar pimpinan kita diberi kekuatan untuk menentang segala kemungkaran.

Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan