Harga barang melambung, tak payah tunggu khabar angin

Angkasanuri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin tentang kenaikan harga minyak dan harga barang keperluan selagi tidak ada pengumuman dari kerajaan 1Malaysia. Menurut beliau lagi selagi tak ada pengumuman rasmi itu spekulasi namanya.

Memang le harga minyak tak naik lagi, tetapi dengan krisis, kegawatan dan kemelut ekonomi yang sedang dihadapai oleh kerajaan 1Malaysia sekarang dan ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia yang kini semakin menghampiri paras US 100 setong mampukah kerajaan 1Malaysia bertahan?

Nak tunggu pengumuman rasmi kerajaan 1Malaysia baru nak suruh rakyat percaya tentang kenaikan harga barang?

Adakah hari ini para peniaga dan pemborong meminta izin atau menulis surat rasmi untuk menaikkan harga barang?

Begitu juga berapa ramai peniaga di pasar yang meminta izin dari kerajaan 1Malaysia untuk menaikkan harga bahan makanan basah seperti ikan dan sayur-sayuran?

Jadi apabila kita berhadapan dengan peniaga yang menaikkan harga barang, kita tak boleh percaya. Itu cuma spekulasi sahaja. Maka kita hanya perlu membayar ikut harga lama sahaja. Kalau peniaga tersebut marah-marah maka kita kata itu cuma spekulasi...cubaan..bukan betul-betul!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan