Kerajaan Selangor Agih Bantuan Skim Mesra Usia Emas

SUNGAI BESAR 15 MAC: Semua warga emas yang berdaftar dalam Skim Mesra Usia Emas dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tawar, DUN Sabak, DUN Sungai Panjang dan DUN Sekinchan masing-masing menerima RM2,500.

Seramai 71 warga emas dalam Majlis Pertemuan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan JKKK Daerah Sabak Bernam, menerima habuan masing-masing.

Dalam ucapannya, Khalid menyatakan semuanya adalah untuk rakyat kerana rakyat adalah tuan.

"Bila jadi wakil rakyat dan ADUN, dia jadi tuan dan rakyat jadi tukang jaga tuan. Sekarang nak ubah, rakyat yang jadi tuan bukan kita,"
Pada akhir majlis, penerima, Ali Mat Isa, 65, menyatakan kesyukuran dan terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana penantian untuk mendapat geran selama ini terjawab.

"Saya bersyukur setelah banyak kali mohon baru diluluskan," katanya.

Pada masa sama, Sariah Mohamad juga berasa seronok kerana mendapat geran apabila sudah lebih 40 tahun penantian.

Hadir sama pada majlis itu ialah Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Ushawan, Yaakob Sapari, ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Husain.

Selain Skim Mesra Usia Emas, kerajaan Selangor telah memperoleh RM50 juta melalui kutipan hutang Talam Corporation yang kemudian disalur dalam skim mikro-kredit demi membantu rakyat miskin.

"Dapat RM50 juta tak sampai 8 bulan dan RM50 juta itu saya peruntukan untuk bagi pinjaman untuk rakyat miskin negeri Selangor iaitu mikrokredit," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan