Misteri surat saman RM1.5 juta Nakhaie!

dewa
Saya selaku seorang peguam yang turut mengajar di universiti di dalam dan luar negara mendapati surat saman yang dihantar oleh Nakhaie adalah terlalu psiko dan misteri.

Surat samannya menuntut agar sejumlah RM1.5 juta DAN permohonan maaf diberikan dalam 14 hari! Biasanya, tuntutan saman menuntut agar permohonan maaf diberikan supaya tuntutan tidak dibuat dimahkamah. Maknanya, kalau minta maaf secara terbuka pun Ustaz Asri MESTI beri Nakhaie RM1.5 juta. Fuh! Ulasan disertakan.

Surat saman ada dalam web Ustaz Asri.

"SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA melainkan pihak tuan menarik balik keseluruhan kenyataan fitnah tersebut dan membuat permohonan maaf tanpa syarat kepada anak guam kami melalui kenyataan lisan dan bertulis melalui satu lagi sidang media DAN membayar kepada anak guam kami RM 1.5 juta dalam tempoh 14 hari, pihak kami mempunyai arahan tegas untuk memfailkan tindakan undang-undang di mahkamah"

Selama ini, tujuan permohonan maaf dituntut ialah agar tidak perlu ke mahkamah. Tetapi, dalam kes Nakhaie, samada memohon maaf atau tidak, Nakahie tetap menuntut RM1.5 juta.

Kita andaikan harga sebuah rumah dalam RM300,000.00 dan harga sebuah kereta dalam RM100,000. Secara ringkasnya, nakhaie telah menuntut agar Ustaz Asri menyerahkan semua hartanya termasuklah rumah, kereta, wang simpanan dalam bank dan banyak lagi.

Layakkan orang seperti ini menjadi ulamak pujaan hati UMNO??

Wassalam

1 ulasan: