Mufti Yang Sengaja Menjahilkan Diri

ramziredang
Bila mendengar ulasan tentang kenyataan Harussani dalam program dialog Zaaba di universiti Kebangsaan Malaysia semalam, ternyata mufti Harussani mau dilihat jahil ataupun sengaja menjadikan dirinya jahil. Harap harap mufti ini tidaklah menjadi seperti yang disebut dalam kitab, 'bodoh morokab'. Nampaknya terpaksalah saya yang jahil ini memberi sedikit kuliah ringkas kepada mufti ini. Harap ringkasan saya beri ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada tuan mufti. Yang mula mula saya hendak tuan mufti betul betul faham dan hadam adalah, UMNO telah bersekongkol dengan MCA dan MIC selama lebih 50 tahun. Untuk kefahaman yang lebih jelas, ingin saya beritahu dan beri faham kepada tuan mufti, MCA itu kafir dan MICpun kafir. Kenapa tuan mufti tidak menjemput PAS membentuk kerajaan perpaduan di Perak semasa BN menguasai Perak dahulu? Juga tuan mufti boleh mencadangkan supaya negeri yang masih BN memerintah sekarang, supaya mengajak PAS memerintah bersama di negeri yang mereka menangi.

Untuk pengetahuan tuan mufti dan sesiapa sahaja yang kurang faham, baik pemimpin PAS sendiri, kerjasama dengan DAP dan PKR adalah satu kerjasama atas dasar ingin mencari kemenangan untuk terlebih dahulumeruntuhkan tembok kepercayaan rakyat bahawa hanya BN yang boleh memerintah.

Perlu ditunjukkan terlebih dahulu bahawa Pakatan Rakyat memerintah lebih baik dari BN. Keyakinan ini tidak dapat dibina dengan semata mata memberi penerangan melainkan dengan praktikal yang ditunjukkan betul betul kepada rakyat. Alhamdulillah PR dapat buktikan kepada rakyat bahawa PR memerintah dengan jauh berbeza sama sekali dengan BN.

Kemenangan di Perak dan pemerintahan kerjasama antara PR telah dengan jelasnya memberi satu imej yang sangat baik kepada rakyat tentang konsep politik PAS yang sangat sesuai dengan keadaan semasa. Ternyata imej dan kredibiliti Datuk Sri Nizar membuka mata kaum bukan Islam tentang betapa Islam sangat terbuka dan tidak seperti yanng dimomokkan oleh UMNO. Hinggakan DAP sendiri sudah agak berlembut dengan dasar Islam yang dijalankan oleh PAS. Mereka baru tersedar bahawa PAS tidak seperti yanng mereka faham selama ini.

Tuan mufti janganlah berdolak dalik dalam berkata kata. Jika benar tuan mufti ikhlas tentang pemerintahan Islam dan Melayu, ikhtiarkanlah sekarang supaya BN sudi memerintah bersama dengan PAS di negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan negeri negeri lain. Kalau tidak sudi perbuat demikian maka cubalah periksa lidah tuan mufti, kut kut bercabang.

Janganlah berkata kata semata mata ingin mengambil hati pemerintah. Janganlah gunakan ilmu agama untuk kepentingan dunia. Kelak penyesalan yang tidak berkesudahan menanti kita di akhirat yang kekal abadi.

Marilah tuan mufti belek kembali surah al araf ayat 175 hingga 177 yang bermaksud:

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

Juga marilah kita merenung kata kata Hasan Al bashri :

"Hukuman bagi ulama adalah matinya hati dan matinya hati disebabkan oleh mencari dunia dengan amalan akhirat".

Yahya bin Muaz ar razi pula berkata kepada ulama dunia, "wahai orang orang yang berilmu,istana-istana kalian laksana istana kaisar, rumah-rumah kalian laksana rumah kisra, kendaraan-kendaraan kalian laksana kendaraan Qarun, gelas-gelas kalian laksana gelas Fir’aun, jamuan-jamuan kalian laksana jamuan jahiliah dan mazhab-mazhab kalian laksana mazhab setaniyah. Lalu dimanakah risalah Muhammad?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan