Al-Brangi
Ketua Pemuda Umno cuba buat lawak 10 sen dengan berkata kenapa DS Anwar masih dikekal oleh Pakatan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang.
Soalan itu samalah kalau kita bertanya balik kepadanya kenapa beliau tidak dilantik jadi Menteri sedangkan pimpinan Pemuda yang dibawahnya termasuk yang kalah bertanding dengannya pun dilantik jadi Menteri.
Jawapannya, itu adalah hak 'prerogative' Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri hendak melantik 'Tukang Bawak Briefcase' Ketua Pemuda ke atau 'Runner' Ketua Pemuda ke dengan cara masuk 'pintu belakang' yakni Senator menjadi Menteri, itu adalah hak mutlak Perdana Menteri.
Justeru itu, dalam kes Ketua Pembangkang, Pakatan Rakyat mahu seorang Ketua Pembangkang yang dicadangkan untuk dilantik, ialah seorang yang lebih berwibawa untuk ber'lawan' dengan Perdana Menteri hatta personaliti itu hanya memwakili parti pembangkang yang minoriti, walaupun partinya hanya berbaki 2 orang.
Sama juga halnya dengan perlantikan Perdana Menteri, Perlembagaan Negara tidak kata seorang Presiden Umno semestinya jadi Perdana Menteri.
Jika Pakatan Rakyat mendapati Ketua Pemuda Umno seorang yang teramat berwibawa, maka Pakatan Rakyat boleh mencadangkan dan jika Ketua Pemuda yang amat berwibawa tadi disokong penuh oleh Ahli Parlimen BN, maka tercatat dalam sejarah seorang Ketua Pemuda Umno menjadi Perdana Menteri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan