Solat Hajat Perdana di Rusila 11 Mac

Harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 3 Mac:
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan mengadakan Kuliah Maghrib Khas dan Solat Hajat Perdana di Masjid Rusila pada 11 Mac ini.

Setiausahanya, Yahaya Ali berkata, majlis yang dipimpin oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu merupakan usaha menjana semangat dan kekuatan baru kepada semua kepimpinan dan ahli seluruh negeri.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh setiausaha PAS cawangan supaya menjemput semua ahli dan penyokong di tempat masing-masing untuk hadir ke majlis yang bermula jam 7.21 hingga 9.30 malam itu.

“Kesungguhan pihak saudara bagi memastikan kehadiran yang ramai dari cawangan saudara sudah tentu merupakan simbol kekuatan kepada parti kita,” ujarnya di dalam surat kepada setiausaha PAS cawangan seluruh negeri.

Menurutnya, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri, ketua-ketua dan ahli-ahli jawatankuasa dewan-dewan peringkat negeri juga dijemput hadir ke majlis tersebut.

Beliau juga meminta setiausaha PAS kawasan supaya memastikan surat makluman program itu sampai ke cawangan-cawangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan