Syarikat KJ ambil alih tempat MHS

ziehar
Saya baru dapat maklumat dari kawan yg bekerja di MHS yg membawa pekerja Petronas ke pelantar dilaut bahawa syarikat yg diterajui oleh KJ telah mendapat kontrak menggantikan MHS.

Peringkat pertama bagi laluan Miri ke pelantar di sekitarnya selepas ini dari Kerteh ke pelantar dilaut Trg. Manakal dari KB ke pelantar dilaut Siam mungkin diberi kepada Syarikat Westar.

Syarikat ini menggunakan heli yg didftarkan diluar negara dan menggunakan pilot mat salleh manakala kalau ada tempat untuk anak tempatan hanya sekadar pembantu juruterbang, berbanding MHS hampir keseluruhannya anak tempatan.

Nama syarikat ini AI tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam khidmat udara ke pelantar. cara perolehan kontrak amat diragui. harap MP pembangkang membawa hal ini ke parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan