Tidak Hadir Lembaga Disiplin : Yb Zul Lidah Bercabang

ramziredang
Dalam isu antara Zulkifli Nordin dan PKR, saya sering berbaik sangka dan ingin mendengar hujah kedua dua pihak. Saya juga yakin ramai pembaca yang mengikuti perkembangannya sama sependapat dengan saya.

Walaupun Yb Zul sering berhujah banyak mengutuk menikam kawan kawannya sendiri, walaupun Yb Zul berperangai seolah olah melalut seorang diri, hentam sana hentam sini, saya masih beranggapan dia mungkin ada sebab tersendiri.

Sebelum bertolak ke luar negara Yb Zul sempat mempersoalkan kenapa dia dipanggil mengadap lembaga disiplin ketika dia berada di luar negara. Kemudian bila lembaga disiplin PKR setuju untuk meminda tarikh ke 1 mac, rasanya banyak pihak yang merasa lega dengan keputusan tersebut. Namun bila Yb Zul menyatakan tidak akan menghadiri siasatan lembaga disiplin tersebut, maka sekarang ternyata Yb Zul telah tertikam dengan kata katanya sendiri.

Ternyata dalam permainan bolasepak antara Yb Zul dan PKR ini, Yb Zul telah menyumbat gol sendiri. Air ludahnya telah tempias ke mukanya sendiri. Langit nistanya telah runtuh di atas kepalanya sendiri. Talam ego yang ditepuknya terpercik ke mukanya sendiri. Ternyata Yb Zul terperangkap dengan permainan yang diciptanya.

Ternyata 'firaun kecil' yang disebutnya adalah dirinya sendiri. Apapun alasannya, sepatutnya Yb Zul hadir ke lembaga disiplin. Supaya dapat membuktikan dirinya tidak berkata kata seperti seorang munafik. Yb Zul ada beralasan mengatakan apakah lembaga disiplin akan berlaku adil terhadapnya. Macamana seorang peguam sepertinya boleh bertanya seperti itu sedangkan dia awal awal lagi tidak akan datang dan tidak berhujah di depan lembaga disiplin.

Nampaknya ternyata Yb Zul benar seperti kata setengah orang, ada agenda tersendiri dalam memelihara jawatannya. Dia tidak lain adalah satu senjata pihak musuh untuk mengkucarkacirkan Pakatan Rakyat. Perbuatannya ini dengan sendirinya mengesahkan bisikan bisikan yang mengatakan adanya perjanjian sulit antara dia dengan pihak yang bertanding menentangnya dalam pilihanraya lalu. Sebab itulah petisyen terhadapnya tidak diteruskan oleh Abdul Aziz(petisyen kerana Yb Zul tidak mengistiharkan perbelanjaan pilihanraya2004) Nah itulah bukti siapa sebenarnya 'firaun kecil'.

Akhirkata terhadap Yb Zul:

kalau berkata lidah jangan bercabang
kalau bertindak biarlah seperti anak jantan
hal agama jangan jadi barang jualan
terhadap musuh jangan rela dijadikan barang dagangan
terhadap kawan, jangan suka jadikan tempat menikam belakang
ingatlah diri kita sentiasa diperhatikan
'firaun kecil' yang sebenar telah terlondeh dipandangan
tunggulah rakyat jalankan hukuman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan