Wujud Trend Najib Berusaha Sogok Wakil Rakyat

PUTRAJAYA 1 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud trend jelas Perdana Menteri Najib Razak berusaha untuk menyogok seberapa ramai wakil rakyat Pakatan Rakyat secepat mungkin.

Beliau sekali lagi mendesak institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang di amanahkan, tanpa menutup mata kepada kecurangan pemimpin Umno.

“Saya tidak faham kenapa mereka melakukannya dan ia agak sukar untuk saya memahaminya kerana tiada alasan, kami tahu Najib dan Rosmah cuba membeli orang secepat yang mungkin.

“Yang Berhormat Azam dari Indera Mahkota ada menyatakan pemimpin Umno ada membuat pertemuaan diantara mereka dan menawarkan wang dan kedudukan, apa juga yang mereka mahu dan segalannya. Jadi kami mengingatkan anggota kami bahawa kita tidak boleh jadi seperti itu,"katanya.

Namun Anwar berkata parti parti politik seperti PKR dan rakan-rakan akan sentiasa terdedah kepada pemimpin yang sanggup menjual maruah diri dan membelakangkan rakyat demi kepentingan peribadi.

"Lihat DUN Perak, mereka takut kepada SPRM, mereka dibawa ke rumah Najib dan kini mereka hidup dengan mewah. Jadi kalau dalam perjuangan sudah tentu ada masalah dan secara kebetulan orang yang meninggalkan parti ini hidup lebih mewah, sepatutnya SPRM harus perhatikan,"katanya.

Hakikatnya pakatan rakyat malah seluruh negara kini terdedah kepada pemerintahan sebuah parti yang di tunjangi oleh pemimpin rasuah yang sanggup memperalatkan institusi-institusi awam demi mengekalkan kuasa politik yang masih ada pada mereka.

"Sebab asas dalam Umno dan Barisan Nasional adalah teruk. Tidak bolehkah mereka nampak korupsi besar dalam Umno? Adakah mereka lupa perbicaraan? Adakah mereka lupa suruhanjaya yang mereka katakan? Adakah mereka lupa prinsipal urus tabdir baik?,"katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan