Ahli Keluarga Aminulrashid Beri Keterangan Selama Tiga Jam

SHAH ALAM, 29 APR: Selain saksi utama yang memberi keterangan kepada polis petang tadi, ibu remaja berusia 15 tahun yang ditembak polis, Norsiah Abdullah turut memberi keterangan kepada polis selama tiga jam sehingga jam 9 malam tadi.

Turut memberi keterangan ialah kakak mangsa, Norazura Amzah dan suaminya, Muzaffar Mahali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Peguam mereka, Farhana Abdul Halim bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada anak guamnya itu akan dipanggil semula atau tidak dan ia bergantung kepada budi bicara polis.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan