muhaimin sulam
Berdasarkan dengar-dengar cerita dari kempen pilihanraya Hulu Selangor, yang disibukkan adalah peribadi calon. Idea dan kepimpinan calon tidak begitu tertonjol dan ditonjolkan.
Untungnya BN berhadapan dengan Zaid Ibrahim yang pernah menjadi ahli dan pemimpin UMNO. Parti yang bertanding pula PKR, parti Anwar Ibrahim, bekas Timb. Presiden UMNO. Lalu, dibongkar semua dosa-dosa lalu seluas-luasnya. Dari kaki minum arak, terlibat judi, perempuan, bersetongkol dengan Yahudi dan sebagainya.
Kesimpulan yang mudah di sini ialah UMNO memang sarang pelaku dosa. Oleh sebab itu, tidak hairan jika dosa-dosa itu cuba disucikan dengan terus menyokong BN. Seolah-olah BN memegang pintu taubat.Seorang pemimpin UMNO berkata sewaktu di London, bahawa dia memang tahu ramai pemimpin UMNO korup, kurang akhlaknya, kaki minum dan bla bla bla..... aku dengar je. Nasib baik, aku tak tanya siapa gerangan pendosa itu. Tapi katanya sambil bola matanya memandang wajahku, menarik simpati agaknya, setidak-tidaknya UMNO itu Melayu......orang Islam. Kalau bagi PAS menang, nanti DAP yang tunggang. Tengok Nizar tu.... habis! PKR pula dikuasai oleh Islam Liberal. Sheikh, anta orang perjuangan, anta tau kan..... pujuknya lagi. He..he..he dengan sopan santun aku menolaknya.
Skrip ini aku dah lama ulang tayang. Skrip lapuk BTN. Terimalah kejahatan UMNO seadanya!
Terima padah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan