Ketika diminta mengulas hasrat bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim melancarkan kempen ini, Aziz Bari berkata ia memberdayakan rakyat dengan pengetahuan tentang pemimpin mereka, lantas membuka perspektif baru ketika membuang undi di masa pilihanraya nanti.
“Mudah sahaja, ini negara demokrasi, ia berhubung ketelusan dan siapa hendak jadi pemimpin perlulah dikenali. Perlu diketahui semua kehidupan mereka, tidak ada yang peribadi. Kalau pemimpin itu maknanya, orang yang menjadi tumpuan, semuanya akan menjadi harta rakyat, semudah itulah" katanya kepada Tv Selangor.
Tambah Aziz, apa yang lebih mustahak, seseorang yang bergelar pemimpin itu harus menerima hakikat bahawa sebagai seorang yang dikenali ramai, setiap tingkah laku dan perbuatan mereka akan menjadi perhatian awam.
“Tidak ada benda lagi yang peribadi, tidak ada lagi benda yang kena sembunyi. Maknanya kalau anda anda hendak jadi pemipim anda kena sanggup diteliti oleh rakyat. Itu sahaja. Tidak kiralah Raja ke, siapa ke? Hakim ke, pegawai tinggi kerajaan ke? Tidak ada rahsia lagi" tambah beliau.
Mantan Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim dalam sidang media di kediamannya baru-baru ini berkata, sekiranya pilihanraya kecil Hulu Selangor memberi kesempatan kepada rakyat untuk lebih mengenali beliau, maka rakyat juga harus mengenali pemimpin-pemimpin lain di negara ini.
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan