Ingatkan bintang filem Bolywood sahaja yang minat politik. Mungkin apabila Ronald Reagen menjadi Presiden US, Arnold Schwarzeneggers menjadi gabenor California dan Josepth Estrada juga pernah menjadi Presiden Filipina, ia menjadi perangsang kepada artis yang memiliki glamour dan peminat menceburi politik. Mana tau satu hari nanti bakal menjadi Presiden atau Perdana Menteri. Itu perjalanan politik dunia hari ini.
Tetapi terbalik pulak di Malaysia. hli politik pulak minat untuk mengukir nama dalam dunia artis., dunia gossip dan skandal. Apatah lagi ia melanda politik BN sebagai parti pemerintah negara. Banyak ahli politik akhirnya rebah dikaki artis. Siapa mengoda siapa, entahlah dan yang terakhir Ahli Parlimen BN dari Kinabatangan pun mengepit isterinya yang cun melecun itu. Glamour pun telah mengalahkan penyanyi Mawi. Ahli poltik Terengganu pun tumpang semangkuk. Ada yang berjaya, ada yang sekerat jalan je. Ada yang porak peranda rumah tangga orang. Tak dapat artis, selebriti TV macam pembaca berita pun kira OK jugak. (Mungkin adun Bukit Besi, YB Datuk Din Adam boleh beri pandangan kot..).
Kenapa ini berlaku? Kalau dulu mereka dilabel sebagai perempuan kabaret. Tapi kini diburu berderet-deret. Mungkin terlalu banyak pengaruh filem dalam masyarakat ataupun kerana para pelakon dan artis kini mendapat sokongan dan tempat yang tinggi dalam masyarakat dan kerajaan. Pelbagai peruntukan, jawatan senator dan anugerah pangkat serta pingat yang mencurah-curah. Dunia artis tanpa isu, gossip dan skandal nescaya hilanglah gah dan kemasyhuran. Tiada gambar terpampang di dada akhbar dan media. Masalah maruah maupun akhlak, itu belakang kira yang penting nama meniti bibir.
Perkara ini terpalit dalam dunia politik. Tanpa isu, gossip dan skandal nescaya ia menjadi ahli politik cacing tanah meskipun ia berjasa kepada rakyat dan negara tetapi siapa peduli dan tak siapa mengenalinya. Sekarang ahli politik inginkan glamour meskipun sumbangannya hampehh. Rakyat pun cepat kelabu mata. Dunia media dan glamour ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang dikenali dan glamour meskipun hancur dari segi akhlak dan moral.
Politik tanah air seringkali dilanda skandal sedemikian. Tetapi masyarakat yang sekian lama di ulik dengan cerita-cerita fantasi filem Hindustan, kini boleh menerima pemimpin ala aktor Bolywood & Holywood meskipun mencecah taraf pelakon majalah Playboy. Acapkali pimpinan UMNO dilanda isu-isu skandal dengan artis maupun skandal seks. Tetapi mereka tetap terpilih untuk dilantik menjadi senator, menjadi Adun, menteri atau dipilih menjadi duta hatta dilantik menjadi Perdana Menteri.
Nampaknya Romeo Melayu sudah acapkali membikin filemnya tetapi tidak menjejaskan karier politik mereka. Terbaru Romeo Cina selesai dengan krisis skandalnya tetapi karier politiknya pun dah jadi macam bikinan sebuah filem buat MCA. Kita sedang menanti kelahiran bintang filem India. Akan munculkah Romeo Tamil untuk melengkapkan anugerah Holywood pemimpin BN untuk politik tanahair? Perlukah skandal Samy Vellu pula muncul bagi menjatuhkannya dari jawatan Ketua MIC sekarang? Tapi umurnya dah expired... tak munasabah. Atau bakal muncul Romeo baru yang mencipta skandal dan akan dipilih sebagai pemimpin MIC. Kalau muncul juga, nescaya lengkaplah cerita Romeo bersiri dalam politik BN yang memerintah Malaysia dan sempurnalah Romeo 1 Malaysia.
Kenapa semua ini berlaku. Adakah masyarakat kita sudah tidak memperdulikan pimpinan berakhlak dan bermoral. Sudah hilangkah status manusia sebagai khalifah diatas mukabumi ini. Apatah lagi rakyat dan masyarakat itu bernama muslim, sedangkan Rasulullah Saw sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
Pimpinan para Rasul itu diutuskan untuk menggantikan pimpinan jahiliyyah yang hancur akhlaknya. Adakah hari ini manusia hanya mementingkan siapakah yang boleh memberikan kemudahan? Siapakah yang boleh memimpin ke arah kemodenan? Siapakah yang boleh menjanjikan kekayaan? Pedulikan samada halal atau haram, samada bermoral atau berakhlak, ikut peraturan maupun undang-undang! Membujur lalu melintah patah.
Kalau benginilah kehendak dan pilihan manusia maka tak perlulah Allah menghantar Nabi Syuib, Nabi Lut kepada kaumnya kerana kaum mereka sudah maju dan hebat dari segi kebendaannya. Gabungan Firaun bersama Haman dan Qarun sudah gah empayar dan tamaddunnya dan tak memerlukan Nabi Musa. Begitu juga Namrud tak memerlukan kepadanya diutuskan Nabi Ibrahim. Hatta di mekah sendiri, golongan bangsawan Quraish boleh memerintah pusat dagangan di Mekah tanpa memerlukan Muhammad Saw. Tetapi allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dengan tidak membiarkan umat manusia berada dalam kejahatan dan jahiliyyah maka diutuskan para nabi dan Rasul hingga sebahagian mereka menjadi pemerintah alternatif seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Zulkarnain maupun nabi Muhammad Saw sendiri. Termasuk juga diutuskan para sahabat ke empayar Rome dan Parsi supaya pemimpin dan pemerintah dijernihkan dari segala kekufuran, kefasiqan dan kemaksiatan bukannya kekayaan dan kebendaan.
Benarlah akan sabdaan Baginda jika suasana pemerintahan dipimpin oleh orang yang buruk akhlaknya dan jahat feel perangainya nescaya itu tandanya kehancuran dan kemusnahan. Apabila manusia sudah tiada nilai, lebih baik mati daripada hidup diatas mukabumi ini. Sebagaimana sabda Baginda:-
Kalau benginilah kehendak dan pilihan manusia maka tak perlulah Allah menghantar Nabi Syuib, Nabi Lut kepada kaumnya kerana kaum mereka sudah maju dan hebat dari segi kebendaannya. Gabungan Firaun bersama Haman dan Qarun sudah gah empayar dan tamaddunnya dan tak memerlukan Nabi Musa. Begitu juga Namrud tak memerlukan kepadanya diutuskan Nabi Ibrahim. Hatta di mekah sendiri, golongan bangsawan Quraish boleh memerintah pusat dagangan di Mekah tanpa memerlukan Muhammad Saw. Tetapi allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dengan tidak membiarkan umat manusia berada dalam kejahatan dan jahiliyyah maka diutuskan para nabi dan Rasul hingga sebahagian mereka menjadi pemerintah alternatif seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Zulkarnain maupun nabi Muhammad Saw sendiri. Termasuk juga diutuskan para sahabat ke empayar Rome dan Parsi supaya pemimpin dan pemerintah dijernihkan dari segala kekufuran, kefasiqan dan kemaksiatan bukannya kekayaan dan kebendaan.
Benarlah akan sabdaan Baginda jika suasana pemerintahan dipimpin oleh orang yang buruk akhlaknya dan jahat feel perangainya nescaya itu tandanya kehancuran dan kemusnahan. Apabila manusia sudah tiada nilai, lebih baik mati daripada hidup diatas mukabumi ini. Sebagaimana sabda Baginda:-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :إِذَا كَانَ أُمَرَاؤُكُمْ شِرَارَكُمْ وَأَغْنِيَاؤُكُمْ بُخَلَاءَكُمْ وَأُمُورُكُمْ إِلَى نِسَائِكُمْ فَبَطْنُ الْأَرْضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ ظَهْرِهَا
Daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah Saw bersabda: “Jika sekiranya pemimpin-pemimpin kamu orang yang jahat dikalangan kamu dan orang-orang kaya kamu menjadi golongan yang bakhil dan urus tadbir kamu diserahkan kepada perempuan-perempuan kamu maka perut bumi lebih baik dari belakangnya” Hadis riwayat Tirmidzi.
Banyak urusan Negara akhirnya dikuasai dan diserahkan kepada wanita. Para lelaki sibuk dengan hawa nafsu masing-masing. Seolah-olah dunia umara’ tak boleh dipisahkan dengan dunia artis. Inilah punca kejatuhan empayar-empayar dan kesultanan dalam Islam. Rasulullah sendiri memperingatkan bahawa 13 sebab kehancuran dan tanda berlakunya kiamat. Antaranya ialah apabila artis dipuja dan para ulama dicela.
Para pemimpin dipilih termasuklah yang mempunyai banyak kaki. Ada yang kaki mabuk, ada yang sampai tertidur atas meja judi, ada yang kaki betina dan entah apa macam kaki lagi. Tetapi mereka dipilih sebagai pemimpin dihormati lagi dikagumi.
Sedangkan zaman kehebatan dan kecemerlangan semenjak zaman Rasulullah Saw sehingga ke zaman empayar hebat pemerintahan Islam adalah ketika dunia umara bersama-sama dengan para ulama’. Gabungan ini disabdakan oleh Rasulullah Saw:
صنفان اذا صلحا صلح الناس واذا فسدا فسد الناس العلمأ والأمرأ
Dua golongan jika elok, nescaya elaklah manusia dan jika rosak mereka nescaya rosaklah manusia iaitu ulama dan umara’
Bilakah akan kembalinya zaman itu… atau hanya sekadar tinggal menjadi nostalgia semata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan