Syabas Didesak Percepat Tukar Meter Individu

SHAH ALAM, 6 APR: Kerajaan Selangor mendesak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) supaya mempercepat proses pertukaran meter pukal kepada meter individu bagi membolehkan penduduk pangsapuri menikmati manfaat pemberian 20 meter padu air percuma mengikut Skim Merakyatkan ekonomi Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad kesal kerana prose situ terlalu lambat hingga menyebabkan beribu-ribu penghuni pangsapuri tertunggu-tunggu bekalan air pe cuercuma itu.

Desakan itu dibuat bertujuan untuk memberi keadilan kepada penduduk pangsapuri yang dinafikan hak mereka sedangkan seluruh penduduk Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa, sudahpun menikmati bekalan air percuma itu.

"Ini adalah lebih adil tetapi proses migrasi ini adalah terlalu lambat. Masih beribu-ribu penghuni perumahan berstrata masih menunggu migrasi dilakukan oleh Syabas.

Pemberian 20 meter padu air percuma itu termaktub dalam Skim Merakyatkan Ekonomi, bertujuan meringankan beban rakyat yang selama ini berdepan kenaikan bil air sepanjang pemerintahan Umno Barisan Nasional.

Dalam kenyataan media, Iskandar menyifatkan pelaksanaan meter individu dapat memastikan hanya penduduk yang benar-benar degil dengan tidak membayar bil sahaja dikenakan tindakan pemotongan bekalan air.

Dalam pada itu, Syabas juga digesa mengheret pemaju pangsapuri yang gagal menjelaskan bil tertunggak ke mahkamah dan bukannya mengalihkan beban itu kepada pengguna yang setia melunaskan bayaran.

Iskandar menyifatkan langkah ini penting bagi mengurangkan beban yang ditanggung penduduk berikutan pemaju enggan menjelaskan bil itu.

Beliau juga mencadangkan Syabas supaya membenarkan penduduk membuka akaun baru kerana penduduk yang membayar bil, tidak seharusnya menanggung beban hutang yang ditinggalkan pemaju.

Iskandar membangkitkan cadangan itu susulan banyak aduan yang diterima daripada penduduk pangsapuri yang bekalan airnya di potiong Syabas kerana bil tertunggak.

Iskandar kesal kerana Syabas dilihat takut untuk menuntut bil-bil tertunggak dari pemaju sebaliknya mengalih beban kepada penduduk dengan menggunakan kaedah pemotongan bekalan sebagai ugutan.

Beliau mendedahkan ada penduduk yang menerima bil berpuluh-puluh ribu ringgit dan dikenakan amaran bekalan air dipotong jika tidak membayar bil yang sebenarnya berpunca dari kegagalan pemaju melunaskan bil.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan