Wong lepas jawatan Yang Dipertua Dewan Negara
Bekas setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng mengumumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Pameran Kesedaran HIV/Aids di Bangunan Parlimen hari ini.
Minggu lalu, Datuk Kong Cho Ha dilantik menggantikan Wong sebagai setiausaha agung MCA yang baru.
Ia ekoran keputusan pemilihan pucuk pimpinan MCA baru-baru ini yang menyaksikan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden.-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan