Alasan kekurangan tenaga kerja dan kononnya mencontohi negara maju bukan jawapan yang ditunggu rakyat yang terbeban dengan taktik TNB membuat pengiraan bil secara dua bulan sekali.
Beliau mengesyaki tindakan TNB itu adalah usaha terancang bagi memperoleh lebih keuntungan.
“Mereka tidak profesional. Seperti mereka meletakkann negara-negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, Britain tetapi negara-negara seperti ini, sebelum mereka hendak bawa masuk apa-apa polisi, selalunya mereka akan memperkenalkannya kepada masyarakat umum, dapat maklum balas dan sebagainya" ujar Jacob.
Berhubung masalah ini, Jacob berkata, pihaknya banyak menerima rungutan orang ramai di sekitar Subang dan Shah Alam sejak Julai tahun lalu.
“Bagi saya ini bukan alasan yang munasabah atau alasan yang tidak boleh masuk akal. Dia (TNB) tidak boleh banding kita dengan negara-negara maju. Sebab GNP di negara-negara itu lain dari negara kita".
"Ini adalah masalah orang-orang korporat di negara-negara kita, bila kita bagi soalan, kita minta jawapan, dia selalu kata kalau banding dengan negara-negara macam Amerika ke, Singapura ke, atau negara-negara lain, kita masih sama.. tapi Gross National Product mereka berapa? Gaji minima mereka berapa? Taraf hidup mereka tidak sama, ia berbeza dengan Malaysia" tambah beliau lagi.
Malah, beliau berkata, analisis yang dijalankan persatuan mendapati sistem bacaan kadar penggunaan elektrik dua bulan sekali ini merupakan satu strategi terancang TNB.
"Dalam analisis persatuan pengguna Subang dan Shah Alam kita merasa dukacita apabila kita mendapati ini adalah taktik yang digunakan oleh TNB untuk meningkatkan kos penggunaan elektrik" tambahnya lagi.
Kata Jacob, tindakan ini membebankan rakyat berikutan tarif elektrik yang meningkat sekali ganda dari jumlah yang sepatutya, sekaligus menunjukkan sikap TNB yang tidak sensitif dengan taraf hidup rakyat.
Kata Jacob, tindakan ini membebankan rakyat berikutan tarif elektrik yang meningkat sekali ganda dari jumlah yang sepatutya, sekaligus menunjukkan sikap TNB yang tidak sensitif dengan taraf hidup rakyat.
"Soalan yang kita tanya, di mana mereka punya kerjasama, atau dia punya semangat kemasyarakatan? Untuk berbakti kepada masyarakat kita? Tidak ada, langsung tidak ada. Jadi apabila dia menggunakan taktik untuk caj selama dua bulan dan caj itu lebih, ini dukacitalah” katanya.
-tvselangor-
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan