Mahkamah Rayuan Berlin dalam keputusannya menyatakan bahawa mengekalkan keamanan di sekolah adalah lebih penting berbanding hak pelajar untuk melakukan kewajipan agama.
Mahkamah memutuskan bahawa sekolah yang terletak di daerah Wedding di ibu negara ini dihadiri oleh rakyat beragama Islam dari beberapa mazhab seperti Sunah, Syiah dan Alevi, dan pernah berlaku konflik antara mazhab berbeza itu mengenai agama.
Rayuan dibuat berikutan keputusan sekolah itu mengharamkan pelajar daripada bersembahyang secara terbuka di sekolah.
Remaja itu juga berharap agar disediakan bilik sembahyang khas, namun mahkamah memutuskan bahawa dia tidak berhak meminta perkara itu tetapi pihak sekolah dibenarkan menggunakan budi bicaranya.
Jerman mempunyai empat juta penduduk Islam dengan sebahagian besarnya berketurunan Turki.
-REUTERS/selatanonline-
Kat Malaysia ni pun banyak cuma takde perintah mahkamah aje lagi. Berapa banyak kilang-kilang atau syarikat yang tidak membenarkan pekerja pergi solat jumaat - walaupun bila benarkan bebudak ni pegi melepak, tidur dsbnya. Itu isu penguatkuasaan. Ada apa apa dalam akta? TARAK.... tak tahulah kot alasan lain-lain pulak..... Kalau tanya KSM - majikan kena guna budi bicara.....
BalasPadam