"Saya telah memohon kebenaran Selcat untuk membawa saksi supaya mereka dapat beri keterangan. Mereka adalah orang yang pertama membuat aduan berkenaan kepada saya.
"Tetapi setiausaha kata mereka tak boleh datang. Saya amat kecewa,” katanya.
Manikavasagam, akan berdepan dengan Selcat pada 2 Jun ini berhubung dakwaan skandal pasir yang dikaitkan dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Ia akan dipengerusi oleh Teng Chang Khim yang juga adalah speaker DUN Selangor.
Pada 12 Mei lalu, membuat laporan polis, mendakwa tiga pegawai kanan KSSB terbabit dalam operasi pelombongan pasir secara haram.
Dalam laporan polisnya, Manikavasagam antara lain mendakwa, tiga pegawai terbabit bertanggungjawab terhadap kerugian sebanyak RM10 juta akibat salah urus dan tindakan mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan