Liwat: Perbicaraan tangguh, tunggu pakar Australia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Jun:
Perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung Khamis ini dengan kehadiran saksi pembela yang terdiri daripada pakar forensik perubatan dari Australia.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah menangguhkan perbicaraan hari ini selepas dimulakan dengan melawat lokasi kejadian di sebuah unit kondominium Desa Damansara pagi tadi.

Menurut peguam Karpal Singh, pakar tersebut dibawa bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur terhadap pemeriksaan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pakar itu, Dr David Wells dijangka tiba di Malaysia pada pukul 7 pagi Khamis ini.

Dalam perbicaraan pagi tadi, pihak Anwar didakwa gagal melawat unit kondominium (tempat kejadian meliwat didakwa berlaku) seperti yang mereka pohon, sebaliknya hanya dibawa ke sebuah unit yang sama pernah dilawati mereka awal Februari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan