Roslan SMS
Satu hari kita bertempik menyatakan bantahan keras pada regim haram Israel, menuntut dunia mengutuk dan bertindak keras terhadap mereka angkara jenayah kemanusiaan mereka terhadap rakyat Palestin khasnya di Gaza dan Tebing Barat, tetapi diwaktu yang lain kita menyepi apabila Israel berlabuh di bumi kita!
Kementerian Pengangkutan bersahaja menyatakan memang selama ini kerajaan kita membenarkan kapal-kapal kargo Israel memasuki pelabuhan negara bagi urusan perdagangan.
Tidakkah inimenjadikan Malaysia satu negara hipokrit! Berlakon di pentas seolah kita juara dan jaguh. Lihat anak-anak bangsa kita sanggup merempuh tentera dan kapal perang Israel demi kemanusiaan rupanya demi keuntungan kita juga mengalu-alukan penjenayah dunia ini berdagang dengan kita asal sahaja kita untung.
Syaratnya kapal-kapal Israel jangan kibarkan bendera mereka apabila menghampiri dan berlabuh di pelabuhan kita dan anak-anak kapal mereka tidak dibenar turun. Tidakkah ini menjadikan kita satu negara tidak bermaruah dan bermoral di bawah kerajaan BN?!
Anak bangsa Palestin menderita angkara tindakan kebinatangan regim haram ini, menahan dan menyekat bantuan dunia masuk ke Palestin.Kerana itu mereka terpkasa menyabung nyawa mengorek terowong-terowong tanah, meneyeludup masuk barang-barang, memohona dan merayu bantuan dunia. Israel ini jahat, Israel ini tidak berperi kemanusiaan.
Tiba-tiba kita yang kononnya mahu menjadi jaguh isu ini senang-senang mengizinkan pedagang-pedagang negara haram itu datang berdagang ke sini. Tidakkah kita fikirkan keuntungan yang mereka raih itulah nanti yang akan memodalkan pembelian senjata yang akan menghala dan meledak ke arah rakyat Palestin?!
Kerajaan Najib Tun Razak perlu berterus-terang. Hentikan terus apa sahaja bentuk kerjasama dan perdagangan dengan Israel. Duit mereka haram di negara kita kerana mereka bukan manusia tetapi binatang. Jangan berdegar-degar bagai ayam jantan perkasa tetapi hakikatnya ekor begelumang najis yang jijik dan busuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan