Dalam satu sidang akhbar di ibunegara Yaman, Sanaa pada hari Selasa (1/6) selepas bertemu dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, Mesh’al berkata: “Pencerobohan Zionis terhadap flotila tersebut menjadi garis pemisah dan penentu. Adalah tidak boleh diterima lagi selepas ini sekatan dan kepungan terus dikenakan terhadap Gaza. Regim Zionis juga telah melanggar keinginan dunia, undang-undang kemanusiaan dan ajaran mana-mana agama langit.”
Beliau juga menyeru para pemimpin Arab agar mengikut pendirian ‘kafir Quraish’ yang mengambil keputusan untuk memecahkan sekatan dan kepungan yang dikenakan terhadap Rasulullah saw di perkampungan Abi Talib. Beliau juga menuntut agar diadakan mesyuarat tergempar dengan mengeluarkan resolusi mengangkat sekatan yang dikenakan terhadap Gaza. Beliau juga menyeru Presiden Mesir, Muhammad Hosni Mubarak agar membuat resolusi yang berani yang menjadi penyudah dan penutup kepada kehidupannya dengan membuka pintu sempadan Rafah secara berterusan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Dipetik dari: Palestinkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan