Lelaki berkenaan, Ahmad Syauqey Abdul Ghani, 35, yang mengaku sebagai pegawai khas kepada Anggota Parlimen tersebut, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada pukul 10.30 pagi ini.
Bercakap kepada pemberita selepas laporan selama 1 jam 15 minit itu dibuat, beliau mendakwa majikannya mengugutnya melalui perbualan telefon dengan isterinya, Salwati Mohd Ariffin, 34, pada 5 Jun lalu.
Katanya, beliau mula berkhidmat dengan Siti Zailah awal Januari lalu.
Sementara itu ketika ditemui pemberita di muktamar ke-50 Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah berkata Ahmad Syauqey bukan pegawai khasnya tetapi kerani di pusat khidmat rakyat Parlimen Rantau Panjang.
Katanya tugas kerani itu dipegang oleh isteri lelaki itu yang mengambil alih tugas tersebut tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Ahmad Syauqey berkata satu salinan laporan “pemerhatian” ke atas majikannya juga diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh pada 1.40 tengah hari selepas Muktamar Muslimat berhenti bersidang untuk makan tengah hari.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan