Video seks Ariel, Luna perlu disiasat: Roy

JAKARTA: Ahli Parlimen Parti Demokratik, Roy Soryo berkata pihak polis perlu menyiasat secara terperinci Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari berhubung isu video seks mereka.

“Saya jamin video berkenaan sememangnya benar. Saya tidak mengatakan lakonan dalam video itu dilakonkan individu yang sama tetapi pihak polis perlu menyiasat mereka yang terbabit secara lebih mendalam,” ujar Roy ketika sidang media bersama pihak berkuasa di Kementerian Informasi dan Komunikasi di Jakarta, semalam.


Roy memberitahu siasatan terperinci itu perlu merangkumi tempat dan hotel di mana video itu dirakamkan.


Isu video seks Ariel, Luna dan Cut Tari mencetuskan kontroversi beberapa minggu lalu bukan saja di Indonesia, malah di peringkat antarabangsa.

-Agensi/hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan