Zulkifli Noordin: keluar Pakatan tanda KEMATANGAN berpolitik!

dewa
SEBELUM ini, ZulKifli Noordin memanggil Adun-Adun PAS sebagai badut hingusan yang sibuk mengutip derma jihad sedangkan Iblis pun akan menangis apabila mendengar bahasa kesat Adun PAS. Kemudiannya, ZulKifli mencadangkan agar ulamak dan adun PAS tidur dicelah kangkang 'khalifah' Guan Eng.

Terkini, Zulkifli mengucapkan Syabas kepada ADUN DAP Malim Nawar kerana BERHIJRAH dari Pakatan. Ulasan disertakan:

Sesiapa yang nak baca kenyataan penuh Zulkifli Noordin, bacalah sendiri di blog beliau yang ditulis beliau pada 15 Jun baru ini. Penulis berasa jijik hendak 'cut-and-paste' tulisan beliau.

Zulkifli Noordin ni manusia yang sama jenis dengan Ibrahim Ali. Selepas kenyang perut pergi berjalan di Amerika hasil tajaan BN, Zulkifli tidak lagi kritikal menegur BN sebaliknya menjadi 'tukang pukul' BN untuk menyerang Pakatan.

Kita masih ingat sikap provokasi Zulkifli yang sentiasa menjadi 'duri dalam daging' sewaktu dalam Pakatan dulu. Kawan-kawan DAP diserangnya atas alasan menjadi 'musuh Islam'.

Peliknya, ulamak dan ustaz-ustaz dalam Pakatan turut dicemuh dan diherdiknya. Hanya ualaamak BN seperti Jamil Khir dan Mashitah yang menjadi pujaan hati.

Takpelah Zulkifli. Allah pasti membalasnya di dunia lagi.

Pendekatan bermusuhan dan provokasi yang diambil ZulKifli ini menyerlah sikap munafik yang kuat dalam dirinya. Tak ubah seperti Ibrahim ALi yang begitu ghairah menikam sesiapa yang dirasakan perlu, menurut musim.

Sewaktu kita mengambil langkah menghampiri dan mendekat bukan Muslim dengan penuh bijaksana, Zulkifli mengambil langkah agresif untuk membuatkan bukan Muslim takut kepada orang-orang Islam.

Kerjanya siang malam mencerca dan memperlecehkan Pakatan.

Zulkifli Noordin ini memang tiada background agama sekalipun selalu berlagak macam Muslim No.1. Beliau mendapat pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh. Bersekolah menengah di Anderson School Ipoh dan King Edward VII Taiping. Pra Universiti di Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi sebelum melanjutkan pengajian ke New Zealand. Pengajian A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland dan akhirnya memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand di antara 1982-1986.

Mungkin kerana itulah dalam 'ceramah-ceramah' agamanya sebelum ini, beliau hanya berani menyebut tentang Perlembagaan dan undang-undang dan sangat jarang membacakan ayat-ayat Quran dan hadis. Dah jiwanya begitu..

Semoga Allah selamatkan kita semua dari semua sampah sampah dan musuh-musuH Islam termasuklah yang suka berlagak alim nih..

Tok Guru kata 'Pergi Jahanam dengan UMNO'..

Penulis menambah -"Pergi Jahanam dengan UMNO dan khadamnya!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan