6 tips untuk 'jeneral' Ezam

Shen Yee Aun
Anda dipilih untuk mengetuai pasukan dan agenda mengembalikan Selangor. Dalam ceramah terbaharu anda di Pelabuhan Klang, anda mengelar diri sendiri sebagai bekas jeneral Anwar Ibrahim. Maknanya anda bukan calang-calang orangnya, sangat berpengaruh dalam PKR suatu ketika dahulu.

Setahu saya semasa anda berkuasa sebagai jeneral dalam PKR anda pernah berdepan dengan dua pilihan raya umum. Dan Selangor gagal dirampas dua kali semasa anda merupakan seorang jeneral perang, seperti yang diistihar oleh anda sendiri. Selangor hanya berjaya dirampas oleh PKR ketika anda keluar daripada parti pada tahun 2006.

Anda kuat menyerang Anwar sebagai agen Yahudi, namun pada masa yang sama anda pernah berjuang untuk beliau selama 10 tahun. Jika benar sekalipun tuduhan anda, maka anda sendiri sudah bersetuju, anda pernah mempertahankan seorang 'agen Yahudi' selama satu dekad. Apatah lagi kata anda sendiri pernah mengakui menjadi jeneralnya.

Rakyat Malaysia mula pelik dengan cara politik baharu yang cuba anda bawa ke dunia politik. Setelah meninggalkan PKR anda sudah mula dengan 'politik sumpah'. Sama ada anda sendiri bersumpah dalam banyak kenyataan politik, dalam banyak ceramah politik seolah-olah anda tahu rakyat sudah hilang kepercayaan kepada anda. Atau seolah-olah anda rasa Umno masih ragu-ragu padamu. Disamping anda mencabar orang tertentu untuk bersumpah atas ini dan itu.

Jangan sesekali bangkitkan politik sumpah di Malaysia kerana jika asyik bersumpah, ia tidak akan menjadi laku. Saya masih ingat seorang jeneral tersohor juga pernah bersumpah tidak akan meninggalkan perjuangan PKR. Nasihat saya jangan sesekali libatkan agama dalam politik.

Strategi anda mengembalikan Selangor juga hanya sekadar bayangan dan cerminan anda sendiri. Dalam program di Shah Alam anda membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan
Rakyat. Satu soalan ringkas dan mudah. Bagaimana pula dengan ceramah Ezam semasa menjadi orang kuat Anwar dan selepas keluar daripada PKR?

Penegasan anda berkali-kali menafikan masuk Umno kerana wang menjadi tanda kepada orang ramai. Siapa yang mengatakan anda masuk Umno kerana wang? Seolah-olah anda berkonflik dengan diri sendiri. Minda anda sendiri yang kata anda masuk Umno kerana wang. Dan diri anda pula terus menjawab, anda masuk bukan kerana wang.

Saya mula mempersoalkan kredibiliti dan strategi anda dalam merampas Selangor kembali. Segala strategi anda menjurus kepada usaha menjejaskan kredibiliti Anwar, seolah-olah seluruh rakyat Selangor mengundi Pakatan disebabkan faktor Anwar semata-mata.

Dalam politik, good or bad news is still a good publisity in different way. Anda hanya membuatkan masyarakat tidak dapat melupakan Anwar. Tetapi populariti Anwar semakin meningkat. Anda juga memberi gambaran betapa hebat dan agungnya Anwar sampai jika kredibilitinya terjejas maka Selangor akan mampu dirampas.

Jika anda adalah seorang jeneral, saya pula sekadar seorang hamba biasa. Kita biar rakyat bandingkan strategi kita.

Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan