Apa ke bodohnya Panel Pemikir JASA tu, jika Umno dan PAS kerjasama…

WDOnline
Aku kata bodohkan korang marah, tapi memang korang bodoh tahap cipan. Korang memang buta sejarah dan main hentam kromo aje. Lidah takdak tulang, mudah ler korang nak cakap apa pun. Tambah-tambah lagi korang bercakap pun memang dah dibayar upah oleh Umno-BN. Apa nak pelik.

Cuma yang aku nak bagitau, korang memang mudah diperbodohkan oleh Umno-BN

Dalam satu majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang malam tadi, seorang panel dari Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (JASA), Lokman Nor Adam berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain Lokman Nor Adam, turut diundang menganggotai panel ialah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Mujahid Yusoff Rawa dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff menjadi moderator wacana yang bertajuk "Bolehkah Melayu Bersatu?".

Sebelum aku,
WarkahDaily ‘belasah’ cukup-cukup, baik kita gelak tahap cipan dulu kat budak sorang tu. Manalah dia belajar sampai tahap camtu sekali ‘kecerdikannya’.

"Jika Umno dan PAS bekerjasama banyak perkara boleh direalisasikan, termasuk melaksanakan hukum hudud, berbanding dengan tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza," kata budak suruhan Umno tu.

Gelak lagi sekali!

Penulis
WarkahDaily nak cakap skit kat budak JASA tu, sejak bila pulak Umno boleh terima hukum Hudud yang diusahakan PAS itu? Engkau baru lahir ke apa sampai engkau tak tahu bagaimana Umno berhempas pulas menolak apa yang diusaha PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini?

Engkau sedar tak apa yang engkau cakap tu?

Kalau Umno itu boleh terima apa yang PAS buat, sudah lama dah Kelantan dan Terengganu ketika pemerintahan PAS, kerajaan depa tu jalankan hukum Hudud sebab istana dah lulus enakmen berkenaan. Tapi siapa pulak yang menghalang pelaksanaannya? Bukan ke kerajaan pusat? Siapa kerajaan pusat tu? DAP ke?

Bukak mata luas-luas sikit, yang menghalang percubaan kedua-dua kerajaan negeri di bawah PAS untuk melaksanakan hukum Hudud ialah kerajaan Umno-BN ler bro! apa ke jadah lah engkau ni.

Tunggu kucing berak tahi ayam ler kalau Umno terima hukum Hudud yang diusahakan PAS selama ini. Lagi menuduh adalah. Siapa yang kata hukum Hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan itu adalah Hudud PAS?Siapa lagi kalau bukan puak-puak jahil tak mengaji Umno.

Apa jaminan JASA jika PAS bersama dengan Umno, Hudud boleh dilaksanakan? Negara Islam boleh dibentuk? Engkau siapa boleh bagi cadangan camtu, engkau Najib ke?Kalau betul Umno boleh terima Hudud, Najiblah orang pertama kena panggil mahkamah Islam. Banyak kes tu.

Engkau ingat wacana yang engkau sertai itu macam sembang kat wakaf tunggu bas sambil main dam aji ke? Boleh sesuka hati aje cakap yang bodoh-bodoh.

Engkau kata, lebih baik PAS bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan PKR, aku kata 100 kali lebih baik PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR berbanding Umno.

Apa dalil penulis
WarkahDaily? DAP pernah kata, kalau DAP lebih majoriti ahli parlimennya dari PAS, bermakna PAS kena bertolak ansur dalam hal penubuhan negara Islam bukan bermakna terus tolak, tapi kalau PAS yang majoriti pulak, DAP pulak yang kena bertolak ansur apa yang PAS inginkan. Apa makna kat situ? PAS masih berpeluang untuk menegakkan cita-citanya jika ia menang besar dalam pilihanraya akan datang. Jadi korang dan semua orang yang mengaku Islam wajib sokong PAS dalam pilihanraya.

Tetapi bagaimana pendirian Umno? Kelantan yang sudah pun PAS menang dengan majoriti, tapi Umno tetap menghalang pelaksanaan hukum Hudud di negeri itu. Umno mengaku Islam tetapi halang hukum Islam. Kalau DAP buat camtu, tak pulak orang pelik sebab dia tu bukan Islam.

Bukan setakat nak benarkan pelaksanaan hukum Islam, segala peruntukan pun diabaikan, peruntukan pembangunan melalui kerajaan negeri pun tidak diberikan, bagaimana nak kerjasama, kalau itu pun tak boleh nak tunaikan.

Daripada engkau duk melalut ajak PAS kerjasama dengan Umno supaya boleh tegak negara Islam yang belum pasti lagi Umno yang sekular itu boleh terima, lebih baik engkau ajak member-member engkau dalam JASA tu pi berdakwah kat bini-bini pemimpin-pemimpin hangpa yang tak pakai tudung tu supaya tutup aurat. Kan nanti tak pasal-pasal kena hukuman tak tutup aurat bila hangpa kata Umno nak tegakkan negara Islam dan laksanakan hukum Hudud bersama-sama PAS. Tak masuk lagi pemimpin Umno yang duk main judi, duk minum arak, lesapkan duit projek (wang rakyat) dan sebagainya.

Lain kali kalau nak cakap, pakai akai baru orang tak kata kita ni bodoh tahap cipan. -
WarkahDaily

http://warkahdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan