Dalam operasi 9 bulan ini, kerahan pertama bermula semalam yang terdiri dari 12 anggota perubatan termasuk 10 pegawai tentera, manakala baki 28 anggota akan dikerah September depan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerahan ini dibuat atas permintaan Kabul, dan ATM akan menyertai pasukan tentera Berikat di Wilayah Bamiyan, yang diuruskan New Zealand sejak 2003.
Menyatakan rasa bangga kerajaan Umno membantu kerajaan Hamid Karzai yang didokong tentera Berikat, Zahid berkata kerahan kontinjen 40 anggota ATM ini adalah untuk membina prasarana kesihatan serta memberi bantuan perubatan dan khidmat pergigian di wilayah itu.
Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Barack Obama di pertemuan April lalu bersetuju untuk bekerjasama dalam isu-isu keselamatan bagi memperkasa hubungan antara Kuala Lumpur dan Washington.
Najib berkata Malaysia juga untuk melatih tentera, polis dan pegawai pentadbir awam Afghanistan.
Eurasia Review melaporkan Malaysia buat pertama kali menyertai latihan peperangan maritim terbesar di dunia, Rim of the Pacific Exercise ke-22 di bawah pimpinan Amerika Syarikat, yang berlangsung dari 23 Jun hingga 1 Ogos depan.
RIMPAC diadakan bagi melatih kesiap-siagaan menghadapi konflik masa hadapan seperti serangan Republik Rakyat China keatas Taiwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan