Bajet rendah PAS Kawasan Mersing menyebabkan bumi tapak ceramah malam tadi (25 Julai 2010) di Mersing Kanan basah. Namun audien tidak ambil kisah. Mereka terus memasang telinga mendapatkan maklumat daridapa dua orang penceramah iaitu YB Amirudin Bin Shari (ADUN Batu Caves) dan Nazree Yunus (Mantan pengerusi GERAK Malaysia).
Nazree menyatakan lagi, Ezam tampak beriya-iya membuat laporan. Namun selepas tempoh dua minggu, beliau senyap, tiba-tiba bangkit dalam ceramahmelaazkan sokongan terhadapp UMNO BN.
YB Amirudin pula antara lain mengajak audien usah percaya dengan tuduhan UMNO secara semberono. Khir Toyo misalnya mendedahkan kes pasir berlori-lori dibawa lari oleh pencuri. Khir toyo kononya pelik mengpa tiada tindakan Kerajaan Negeri Selangor kini. YB Amirudin menyatakan bahawa pasir tersebut sudah hilang semenjak Khir Toyo menjadi Menteri Besar lagi! Mustahil lubang sebegitu besar dan dalam berupaya digali dalam tempoh dua tahun ke belakangan ini.
Kedua-dua penceramah mengajak audien ke arah politik bermaklumat, berasaskan fakta, keadilalan rakyat dan nilai-nilai murni. Zaman politik ugut, ftinah, adu domba, putar belit maklumat telah berlalu. Sampai masa ceramah tamat, hujan masih mencurah. Mungkin ada benarnya kata Pengerusi Majlis, bahawa mudah-mudahan hujan yang turun adalah hujan rahmat. Barangkali hujan ini juga tidak sempat menjadikan ceramah Pakatan Rakyat ini benar-benar panas seperti yang dibayangkan dalam kain rentang di pinggir simpang jembatan sungai Mersing.
Beberapa orang yang penulis temui menyatakan amat berpuas hati dengan kedua orang tokoh muda PKR ini. Mereka berdua tampak tidak emosional dan berjaya menyampaikan hujah secara rasional.
Penulis perasan beberapa pimpinan UMNO bahagian Mesing mendengar dari dalam kereta masing-masing yang diparkir berdekatan tapak ceramah. Penulis pulang dengan persoalan, beranikan Ezam turun sekali lagi ke Mersing?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan