Meskipun Putri Munawaroh, 20, kelihatan tenang selepas hukuman dijatuhkan, penyokong-penyokongnya memekik ke arah panel hakim Mahkanah Daerah Jakarta hari ini.
“Allahu Akbar, harap anda dikutuk!” jerit seorang lelaki dengan menunjukkan jari ke arah Hakim Ida Bagus Dwiyantara.
Hakim pula memberitahu, Putri telah dibuktikan menyembunyikan maklumat tentang pengganas dan tindakannya bercanggah dengan kempen antipengganas yang dijalankan oleh kerajaan.
Bagaimanapun hukuman penjara itu, lima tahun lebih rendah berbanding yang dituntut oleh pendakwa raya.
“Tertuduh masih muda, dia tidak disabitkan sebarang kesalahan sebelum ini dan mempunyai seorang anak untuk dijaga,” kata Ida dipetik Jakarta Globe.
Peguam tertuduh, Achmad Michdan memberitahu pihaknya akan mengemukakan rayuan kerana panel menyabitkan kesalahan berdasarkan andaian yang sangat lemah.
“Pelanggan saya didapati bersalah menyembunyikan maklumant tentang Noordin dan seorang lagi lelaki hanya kerana dia sentiasa menutup pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah,” kata peguam.
“Tiada apa-apa maklumat dalam perbicaraan yang boleh membuktikan bahwa Putri memang mengenali tetamunya sebelum mereka tinggal di rumah itu.
“Ia persoalan utama dalam tuduhan yang tidak boleh dijawab, tetapi dia disabitkan kesalahan akhirnya,” katanya.
Noordin ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan ke atas rumah milik wanita berkenaan pertengahan September 2009.
Dia dikatakan terbunuh apabila meletupkan dirinya setelah pasukan keselamatan menggempur sebuah rumah di Solo, yang dipercayai menjadi tempat pesrembunyian Noordin dan konco-konconya.
Tiga suspek telah ditangkap dalam serbuan itu, termasuk Putri serta dua yang lain.
Kematian Noordin membawa kepada tamatnya pemburuan ke atas pengganas kelahiran Malaysia itu, yang terlibat dalam beberapa siri keganasan di Indonesia sejak awal alaf ini, termasuk letupan ke atas sebuah kelab malam di Bali pada 2002, yang mengorbankan lebih 202 pengunjung, kebanyakannya warga Australia.
Noordin turut terlibat dalam beberapa serangan ke atas kepentingan barat termasuk Amerika Syarikat di Indonesia dan letupan trak ke atas Kedutaan Australia di sini pada 2004.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan